Home » » 4 BEKAS JENERAL (TENTERA) BERSAMA SIVAJI

4 BEKAS JENERAL (TENTERA) BERSAMA SIVAJI

Written By canang on Selasa, 19 Februari 2013 | 2/19/2013 12:00:00 PTG


4 BEKAS JENERAL (TENTERA) MAHU JELAJAH NEGARA BONGKAR KEZALIMAN/PENIPUAN REGIM UMNO-BN 

KUALA LUMPUR 18FEB: Keempat-empat bekas pegawai tertinggi tentera akan menjelajah seluruh negara untuk membongkar kemungkaran pentadbiran Umno BN, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mereka ialah Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig. Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).“Terima kasih kerana mereka mahu menjelajah seluruh negara untuk pertahankan Pakatan Rakyat. 

Jelajah ini untuk bongkar kekejaman dan kezaliman Umno BN“Umno mesti kata saya bayar mereka. Saya ingin jelaskan, tiada bayaran. Sepatah pun tidak ada perbincangan mengenai bayaran.“Malah Datuk Ghafir sendiri mengatakan beliau tidak mahu apa-apa jawatan atau kerusi” katanya di sini, malam kelmarin.

Anwar juga tidak menolak kemungkinan fitnah akan disebar terhadap keempat-empat jeneral itu kerana menyatakan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat.“Pelbagai fitnah mungkin akan muncul terhadap mereka. Namun, saya yakin mereka boleh tangani kerana mereka ini berdarah pejuang,” katanya. KD









Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger