Pelakon terkenal dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi menyeruh penduduk Kg Telok Sareh dalam Dun Kg Gajah melakukan perubahan pada PRU13 kali ini dengan menjulang Pakatan Rakyat dan merehatkan BN. Beliau dijemput berceramah di pentas PAS pada 9 Februari lalu di Kg Telok Sareh menyifatkan peluang rakyat untuk mendapatkan kerajaan baru yang lebih mesra rakyat, kini terbentang luas.
Abby yakin, kebangkitan rakyat kini menyeluruh bermula daripada bandar sehingga ke kampung-kampung yang jauh kerana informasi telah dibawa oleh anak-anak mereka di bandar secara berkesan. Katanya kepada lebih 300 hadirin, jika Umno-BN kalah dalam PRU13 nanti, yang menang sudah pastilah PAS terdiri daripada orang melayu dan Islam juga.
Turut berceramah Naib DHPP Perak, Ricard Wong; pendakwah tegar, Ustaz Shahril Long dan calon PAS bagi Dun Kg Gajah, Drs Ishak Shaari serta Editor Harakah, Dato' Tarmizi Mohd Jam. Ini adalah kali ketiga ceramah diadakan di Kg Telok Sareh berbanding sebelum ini ia tidak dapat ditembusi PAS dan Pakatan Rakyat.
IKLAN
PELANCARAN SECARA RASMI DI JOHOR BAHRU PADA 13HB JANUARY 2013 DI SURIA CITY HOTEL @ 9.00 MALAM.
1 ulasan:
salam, aku anak jati teluk sareh. terkejut aku pas dah bertapak kuat di teluk sareh. syabas. dulu cikgu leman terkonteng-konteng sesorang menghidupkan pas. aku jarang balik kampong. banyak perkembangan kg aku tak tahu.aku menetap diwangsa maju. aku ketua cawangan dan ajk pas kawasan w/maju. insyallah satu hari nanti aku akan turun tolong kempen untuk pas kg gajah.
Catat Ulasan