ALASAN YANG BERALAS...??
Stadium Sultan Mizan: Runtuh kerana kontraktor kurang pengalaman
26 Februari 2013
...
KUALA TERENGGANU - Kontraktor yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja membuka kerangka lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini, didapati kurang pengalaman untuk melakukan kerja itu.
Pengerusi Jawatankuasa Amalan Terbaik Industri Pembinaan (CIBPAC), Jamaluddin Noh berkata, perkara itu ditemui dalam siasatan awal CIBPAC yang menyiasat insiden bumbung SSMZA yang runtuh kali kedua pada 20 Februari lepas.
"Kita masih menjalankan siasatan yang mendalam berhubung kejadian itu dan kita akui terdapat sedikit kelemahan iaitu kontraktor yang terlibat dalam kerja berkenaan tidak mempunyai pengalaman," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau juga berkata, kontraktor berkenaan berdepan tindakan tatatertib serta mungkin digantung lesennya jika siasatan lanjut mendapati ada unsur kecuaian kontraktor ketika melaksanakan kerja membaik pulih bumbung stadium berkenaan.
Menurut Jamaluddin tidak ramai kontraktor tempatan yang mampu melakukan kerja membuka semula kerangka bumbung stadium.
Dalam kejadian Rabu lepas, lima pekerja binaan cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kerangka lama bumbung SSMZA yang dalam proses baik pulih runtuh.
Kejadian berlaku pukul 11.30 pagi ketika lapan pekerja sedang menjalankan kerja memotong kerangka bumbung lama itu.
Kerja baik pulih berkenaan dilaksanakan kontraktor terbabit sejak tiga tahun lalu dan dijadual siap pada 24 Februari lepas.
Bumbung stadium berharga RM292 juta itu runtuh pada 2009, kira-kira setahun selepas disiapkan dan kerja baik pulih dianggar menelan kos RM15 juta. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan