Home » » Ibu Muda Dibunuh, Dibogel, Dibakar Kerana Didakwa Mengamalkan Ilmu Sihir

Ibu Muda Dibunuh, Dibogel, Dibakar Kerana Didakwa Mengamalkan Ilmu Sihir

Written By canang on Sabtu, 9 Februari 2013 | 2/09/2013 08:02:00 PG


[Kosmo] SYDNEY - Seorang wanita muda, Kepari Leniata dibogelkan sebelum dibakar hidup-hidup di depan sejumlah orang di Papua New Guinea, menurut laporan semalam. 

Wanita itu diikat dan didera sebelum tubuhnya dicurahkan minyak serta dibakar bersama timbunan sampah dan tayar pada Rabu lalu. 

Menurut akhbar Post-Courier, wanita berkenaan dibakar kerana dia didakwa membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun menerusi ilmu hitam. 

Kejadian itu berlaku di bandar Mount Hagen di pulau tersebut. 

Sebuah jentera bomba datang ke lokasi kejadian. 

Bagaimanapun, beberapa orang mengejar jentera tersebut yang kemudian meninggalkan tempat kejadian. 

Wanita itu mati di tempat kejadian. 

Menurut laporan, wanita berkenaan mengaku membunuh budak itu yang mati selepas dimasukkan ke sebuah hospital dengan sakit di bahagian perut dan dada pada Selasa lalu. 

Menurut polis, pihaknya melakukan persediaan untuk mendakwa orang yang bertanggungjawab membakar wanita berkenaan. 

Polis berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai pembunuhan. - AFP








Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger