Mungkinkah Kita Terlelap Dalam Sedar....
Setiap manusia berada dalam keadaan benar kecuali jika ia berniat melakukannya dengan sengaja setelah ia tahu perkara tersebut adalah salah. Sekurang-kurangnya ia "benar" dalam ruang lingkup kepercayaannya sendiri. Persoalannya: Telah bersediakah anda? Jika belum, segeralah isikan Syariat anda dengan Hakikat untuk menjadi "manusia Beriman". Carilah mursyid dengan segera.
Kebanyakan yang berlaku ialah salah sangka atau tersilap tanggapan. Bersangka masih celik dan sedar terhadap setiap suatu yang wujud di hadapan mata. Tidak disedari beberapa ciri telah hilang dari pemerhatian. Adakah ianya berpunca silau dari cahaya yang terlalu terang atau terlepas pandang beberapa sisi yang terselindung? Cuba hayati kembali untuk mengetahui kedudukan sebenar pada pandangan mata hati.
Seperti mana yang saya bayangkan dalam beberapa artikel sebelum ini, fenomena yang dianggap baru ini telah menjelma di negara Malaysia,Indonesia,Singapo re dan persis sebagaimana yang terjadi di beberapa buah negara Arab. Jangka masa terasa begitu cepat selepas beberapa negara Arab terjebak dalam persengketaan berdarah. Tidak dapat dinafikan ia adalah perancangan terbaik dan tentunya memenangkan "pencatur"nya.
Ternyata mereka yang menciptanya amat mengharapkan dan tidak pula keterlaluan jika dikatakan mula mencintai sesuatu yang sebenarnya salah. Dalam diam mereka panjatkan doa agar kita juga dijadikan sebagai alat atau bermusuhan sesama sendiri
Apa tujuan mereka? Kelibat ini seolah mewakili pejuang akhir zaman untuk menumbangkan pemimpin negara yang "zalim" setaraf Muammar Ghadafi di Libya dan Saddam Husain di Iraq, dan yang terbaru berlaku di Syria. Benarkah sangkaan mereka itu? Apakah mereka menyangka mereka adalah antara pejuang AlMahdi atau Putera Bani Tamin? Pemimpin mereka pula ialah para Mujahid akhir zaman? Adakah pasukan polis negara mereka boleh dianggap sebagai musuh Islam?.
Samakah Malaysia, Indonesia atau negara di asia dengan Libya,Iraq dan Syria. Apa asasnya? Syahidkah mereka yang mati dalam rusuhan dan peperangan sesama Islam? Kenapa mereka inginkan situasi sebegini? Makin menakjubkan (sebenarnya membingungkan), ia diterajui oleh non Muslim pula seorang pejuang anti-Islam yang tegar..
Mungkin pandangan ini akan dianggap keterlaluan, namun harus kita mengambil perhatian bahawa musuh negara di luar sana tidak akan senang selagi negara ini tidak jatuh ke dalam genggaman mereka. Inilah pekerjaan "Dajjal" mengaturkan kehidupan "Yakjuj dan Makjuj" yang bakal bersaing dan saling melakukan kerosakan demi kerosakan.
Jika tidak mahu berubah dan muhasabah diri, akan berlakulah keadaan luar jangka yang memberi laluan kepada musuh untuk menangguk peluang dan akhirnya akan menguasai keseluruhan kehidupan kita. Kita menyangka melakukan kebaikan dan meyakini bahawa kita berada di pihak yang benar. Namun kejahilan dan keangkuhan kitalah punca sebenar kecelaruan ini. Ketiadaan ilmu dan lemah daya fikir samalah seperti menyimbah minyak ke dalam api untuk memadamkannya. Akal kita telah ditutupi ego sendiri.
Berjuang biarlah kena pada tempatnya. Jauhilah sikap mementingkan diri dan elakkan perbuatan melebihi batas dan saya berharap agar kaum Muslimin tidak terjerumus ke lembah hina. Apa yang mereka perjuangkan itu hanyalah satu sangkaan sahaja malah ia hanyalah satu caturan yang berwajah "kebangkitan palsu":
Kenapa Allah SWT masih hidupkan kita pada hari ini?
kerana dosa kita terlalu banyak..
Allah masih izinkan (beri masa)
untuk kita bertaubat...^^
Setiap manusia berada dalam keadaan benar kecuali jika ia berniat melakukannya dengan sengaja setelah ia tahu perkara tersebut adalah salah. Sekurang-kurangnya ia "benar" dalam ruang lingkup kepercayaannya sendiri. Persoalannya: Telah bersediakah anda? Jika belum, segeralah isikan Syariat anda dengan Hakikat untuk menjadi "manusia Beriman". Carilah mursyid dengan segera.
Kebanyakan yang berlaku ialah salah sangka atau tersilap tanggapan. Bersangka masih celik dan sedar terhadap setiap suatu yang wujud di hadapan mata. Tidak disedari beberapa ciri telah hilang dari pemerhatian. Adakah ianya berpunca silau dari cahaya yang terlalu terang atau terlepas pandang beberapa sisi yang terselindung? Cuba hayati kembali untuk mengetahui kedudukan sebenar pada pandangan mata hati.
Seperti mana yang saya bayangkan dalam beberapa artikel sebelum ini, fenomena yang dianggap baru ini telah menjelma di negara Malaysia,Indonesia,Singapo
Ternyata mereka yang menciptanya amat mengharapkan dan tidak pula keterlaluan jika dikatakan mula mencintai sesuatu yang sebenarnya salah. Dalam diam mereka panjatkan doa agar kita juga dijadikan sebagai alat atau bermusuhan sesama sendiri
Apa tujuan mereka? Kelibat ini seolah mewakili pejuang akhir zaman untuk menumbangkan pemimpin negara yang "zalim" setaraf Muammar Ghadafi di Libya dan Saddam Husain di Iraq, dan yang terbaru berlaku di Syria. Benarkah sangkaan mereka itu? Apakah mereka menyangka mereka adalah antara pejuang AlMahdi atau Putera Bani Tamin? Pemimpin mereka pula ialah para Mujahid akhir zaman? Adakah pasukan polis negara mereka boleh dianggap sebagai musuh Islam?.
Samakah Malaysia, Indonesia atau negara di asia dengan Libya,Iraq dan Syria. Apa asasnya? Syahidkah mereka yang mati dalam rusuhan dan peperangan sesama Islam? Kenapa mereka inginkan situasi sebegini? Makin menakjubkan (sebenarnya membingungkan), ia diterajui oleh non Muslim pula seorang pejuang anti-Islam yang tegar..
Mungkin pandangan ini akan dianggap keterlaluan, namun harus kita mengambil perhatian bahawa musuh negara di luar sana tidak akan senang selagi negara ini tidak jatuh ke dalam genggaman mereka. Inilah pekerjaan "Dajjal" mengaturkan kehidupan "Yakjuj dan Makjuj" yang bakal bersaing dan saling melakukan kerosakan demi kerosakan.
Jika tidak mahu berubah dan muhasabah diri, akan berlakulah keadaan luar jangka yang memberi laluan kepada musuh untuk menangguk peluang dan akhirnya akan menguasai keseluruhan kehidupan kita. Kita menyangka melakukan kebaikan dan meyakini bahawa kita berada di pihak yang benar. Namun kejahilan dan keangkuhan kitalah punca sebenar kecelaruan ini. Ketiadaan ilmu dan lemah daya fikir samalah seperti menyimbah minyak ke dalam api untuk memadamkannya. Akal kita telah ditutupi ego sendiri.
Berjuang biarlah kena pada tempatnya. Jauhilah sikap mementingkan diri dan elakkan perbuatan melebihi batas dan saya berharap agar kaum Muslimin tidak terjerumus ke lembah hina. Apa yang mereka perjuangkan itu hanyalah satu sangkaan sahaja malah ia hanyalah satu caturan yang berwajah "kebangkitan palsu":
Kenapa Allah SWT masih hidupkan kita pada hari ini?
kerana dosa kita terlalu banyak..
Allah masih izinkan (beri masa)
untuk kita bertaubat...^^
IKLAN
PELANCARAN SECARA RASMI DI JOHOR BAHRU PADA 13HB JANUARY 2013 DI SURIA CITY HOTEL @ 9.00 MALAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan