Adakah patut untuk Najib meminta mandat dari rakyat supaya dia boleh mengubah UMNO? UMNO bukan dimiliki oleh rakyat dan rakyat tidak berhutang apa-apa dengan UMNO, malahan UMNO adalah parti yang berhutang segala-galanya kepada rakyat, daripada penubuhannya dan terus wujud berterusan sehingga kini. Maka terpulanglah kepada UMNO untuk membuat keputusan untuk dirinya sendiri untuk berubah dan jika orang-orang UMNO sendiri tidak mahu merubahnya, siapa yang peduli?
UMNO sebenarnya telah ditimpa dengan berbagai penyakit yang tidak boleh diubati umpama sakit kanser tahap 4. Tetapi di dalam kes UMNO, ia bukan hanya satu jenis penyakit sehaja, ia mengidap semua jenis penyakit, rasuah, tamak-haloba, membazir, tidak prihatin, perkauman, kronisme dan anda boleh menamakan berbagai lagi, UMNO mengidap semuanya.
UMNO adalah satu-satunya parti yang paling korup dan penganalisis mengatakan bahawa sebahagian besar data yang diambil untuk merumus indeks rasuah adalah transaksi dan urusan yang melibatkan kerajaan! Kerajaan sekarang adalah UMNO / BN yang menyebakan angka CPI tersebut bertambah.
IKLAN
PELANCARAN SECARA RASMI DI JOHOR BAHRU PADA 13HB JANUARY 2013 DI SURIA CITY HOTEL @ 9.00 MALAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan