Najib semakin tidak popular anjak tarikh PRU13..!!!
KUALA LUMPUR: Nampaknya semakin lama Datuk Seri Najib Tun Razak menganjakkan tarikh pilihanraya, beliau semakin tidak popular di kalangan rakyat.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor, belum pernah terjadi seorang Perdana Menteri Malaysia yang memiliki media untuk melonjakkan popularitinya tiba-tiba menjadi tidak popular malah ditolak pula oleh rakyat.
“Dalam hal ini PM sebenarnya perlu belajar dari isyarat rakyat dan pengajaran berharga hasil kajian penting Merdeka Center ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Merdeka Center, sebuah badan penyelidik bebas telah mengeluarkan satu lagi kajian mengenai sokongan pengundi terhadap Perdana Menteri, kerajaan Malaysia dan parti pemerintah, Barisan Nasional.
Keputusannya agak selari dengan badan penyelidik bebas yang lain dengan hasil kajian yang dijalankan pada bulan Januari 2013 menunjukkan graf sokongan rakyat terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri terus merudum dan kali ini jatuh dua peratus kepada 61% daripada 63% pada Disember 2012.
Namun ianya agak menghairankan juga kerana dalam keadaan hampir semua hadiah diberi kepada rakyat melalui BR1M, bantuan persekolahan kepada pelajar-pelajar, diskaun telefon bimbit dan lain-lain lagi, rakyat masih juga gagal menunjukkan sokongan kepada PM. Malah graf beliau terus merudum bulan demi bulan.
Nampaknya semakin lama beliau anjakkan tarikh pilihanraya beliau semakin tidak popular di kalangan rakyat. Belum pernah terjadi seorang Perdana Menteri Malaysia yang memiliki media untuk melonjakkan popularitinya tiba-tiba menjadi tidak popular malah ditolak pula oleh rakyat.
Dalam hal ini PM sebenarnya perlu belajar dari isyarat rakyat dan pengajaran berharga hasil kajian penting Merdeka Center ini.
Pertama, PM perlu akui bahawa rakyat Malaysia semakin cerdik dan tahu membaca politik negara. Mereka menerima segala habuan yang diberikan kerajaan tetapi tidak semestinya semua yang dikunyah itu ditelan bulat-bulat.
Rakyat Malaysia kini bukan lagi rakyat ketika 20 tahun lampau. Dengan kepesatan teknologi, segala maklumat akan cepat sampai ke telinga dan mata mereka sekelip mata.
Justeru, beliau tidak boleh terus membohongi kenyataan dan fakta yang diselewengkan melalui media yang dikawal oleh kerajaan.
Kedua, beliau perlu menerima hakikat bahawa wang ringgit bukan segala-galanya walaupun segala-galanya perlukan wang ringgit. Perhatian rakyat yang paling utama adalah ketelusan kerajaan berbanding nilai ringgit yang mereka dapat.
Rakyat gembira menerima habuan RM500, tetapi sedih melihat berjuta-juta ringgit pula masuk ke poket pemimpin negara.
Ketiga, rakyat tahu menilai pemimpin mana yang layak menjadi contoh dan pemimpin mana yang bersikap retorik. Sikap berboros dan bermewah dengan pelbagai koleksi peribadi disamping pelbagai skandal yang memalukan adalah pemimpin ditolak rakyat.
Rakyat juga muak dengan amalan rasuah yang semakin membarah terhadap pemimpin negara. Sebaliknya, rakyat mengangkat pemimpin yang amanah, berintegriti, bersih, telus dan hidup bersama rakyat.
Keempat, rakyat bangkit marah apabila beliau masih enggan membuka ruang demokrasi yang sebenar kepada semua pihak. Sukar untuk rakyat menerima apabila agensi kerajaan digunakan sepenuhnya untuk kepentingan politik, kawalan terhadap media yang keterlaluan dibantu dengan pasukan keselamatan atau penguatkuasa yang hanya bertindak dengan berat sebelah.
Akhirnya, Datuk Seri Najib perlu akui bahawa beliau dan Umno bukan berada di zaman kegemilangannya lagi. Mandat perlu diserahkan kepada rakyat dan hormati hak rakyat untuk menentukan siapa yang akan mereka angkat sebagai pemimpin.
Beliau bebas menentukan tarikh pilihanraya, tetapi rakyat sudah membuat keputusan yang semua telah mengetahuinya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan