Jom tengok niii.......Parlimen dijangka dibubarkan selepas Pameran Udara dan Maritim Langkawi (LIMA) 2013 yang akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Mac hingga 30 Mac - kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Tambah Aziz bahawa LIMA 2013 telah dirancang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak dua tahun lalu.
"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi.
Tafsiran wak......kata-kata Aziz tuuu kalo ditengok dari yang tersirat, semacam menggambarkan yang pengerusi SPR ni pun dah mula meluat dengan Najib yang sampai sekarang tak berani jugak nak bubat parlimen.
Apapun buat pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat, berikut tarikh luput parlimen adalah pada 28 April namun tarikh-tarikh DUN akan terbubar secara automatik adalah berbeza seperti di bawah:
21 Mac : Johor
26 Mac : N.Sembilan
7 April : Pahang
22 April : Selangor
24 April : Perak
26 April : Melaka
28 April : Perlis & Kelantan
29 April : Sabah
2 Mei : Penang & Kedah
5 Mei : Terengganu
Pelik.....bila wak lihat wajah Pengerusi SPR nii dah mula bengang bila diaju dengan pelbagai soalan untuk pembubaran. Barangkali Aziz pun dah letih, penat nak menjawap, apatah lagi dah berapa kali SPR terpaksa buat kursus untuk petugas pilihanraya.
Hairan jugak......dah berapa kali pengerusi SPR sebut kata SPR dah bersedia untuk buat pilihanraya tapi Najib tak berani jugak bubar parlimen. Naik letih Aziz bersilat, bila negeri yang PR perintah cadang nak buat pilihanraya berasingan sebelum ni.....kahkahkah
Seingat wak......Najib mungkin tak berani, kecut perut atau jadi penakut pulak kot.......hehehe......apapun yang pasti semua akan terbubar sebelum atau pada 28 April 2013
UMNO, Perkasa, TIBAI.....apa komen hangpa pulak.....ehmmm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan