Home » » Pelabur British saman bekas bendahari Umno kerana didakwa menipu RM12.8 juta..!!

Pelabur British saman bekas bendahari Umno kerana didakwa menipu RM12.8 juta..!!

Written By canang on Khamis, 28 Februari 2013 | 2/28/2013 03:00:00 PTG

Pelabur British saman bekas bendahari Umno kerana didakwa menipu RM12.8 juta..!!

Zuraidah Kamaruddin: Pelabur menemui beberapa pemimpin negara — Mukhriz, Najib, Dr Mahathir … tiada sebarang tindakan diambil.
PETALING JAYA, Feb — Enam puluh pelabur British hari ini memfailkan saman ke atas Doxport Technologies Sdn Bhd milik bekas bendahari Umno, Datuk Azim Zabidi, serta dua defendan kerana didakwa menipu dan memalsukan dokumen pelaburan.
Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu melalui firma guaman, The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua.
“Pelaburan ini dikatakan untuk membeli enam suis telekomunikasi dan saham di dalam syarikat Doxport,” Hasnal memberitahu The Malaysian Insider hari ini.
“Mereka dijanjikan suis telekomunikasi itu akan menjana keuntungan, serta menjadi pemegang saham dalam Doxport, tetapi dokumen itu dipalsukan,” katanya lagi.
Ketua wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, berkata, 60 pelabur British melalui syarikat Fiscal Capital City Sdn Bhd (FCC) jelas ditipu oleh Doxport, syarikat milik Azim, dan mereka menemui beberapa pemimpin tertinggi negara, antaranya Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Namun tiada sebarang tindakan diambil ke atas Azim,” kata Zuraidah di ibu pejabat PKR hari ini.



IKLAN


KOPI HERBA TERLARIS DIPASARAN MESTI MAU CUBA



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger