Home » » Pemimpin PR disambut hebat, tak kisah Najib

Pemimpin PR disambut hebat, tak kisah Najib

Written By canang on Isnin, 18 Februari 2013 | 2/18/2013 10:27:00 PG




KAJANG: Buat kali pertama sejak Merdeka, seorang Perdana Menteri menjejak kaki ke rumah terbuka anjuran pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong, dalam usaha Barisan Nasional untuk menawan hati pengundi berketurunan Cina yang sebelum ini tidak begitu dipedulikan.


Datuk Seri Najib Razak menghadirkan diri di selama kira-kira setengah jam di padang Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong di sini hari ini. Beliau menyertai acara menggaul yee sang bersama pemimpin Cina dan menonton persembahan kebudayaan.


Namun, Najib meninggalkan acara tersebut tanpa memberi sebarang ucapan atau membuat pengumuman peruntukan berjuta-juta ringgit seperti yang sering dilakukan sekarang dalam kempen pilihanraya umum tidak rasmi Umno BN.


Sebaik saja Najib meninggalkan majlis, ribuan hadirin memberi sambutan besar-besaran kepada barisan pimpinan Pakatan Rakyat walaupun Dong Zong tidak menyediakan permaidani merah atau tarian singa untuk mereka.


Ketibaan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bersama wakil-wakil rakyat DAP Tan Kok Wai dan Charles Santiago disambut meriah, begitu juga dengan kehadiran Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.


Sambutan paling hangat diberikan oleh hadirin untuk mengalu-alukan kehadiran Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dengan secara spontan mengangkat sepanduk asal ‘I Love PM’ (Saya sayang Perdana Menteri) yang ditambah ayatnya menjadi ‘I Love new PM Anwar’ (Saya sayang Perdana Menteri Baru, Anwar).


Reaksi tersebut memperlihatkan penolakan kuat masyarakat Cina terhadap kepimpinan Najib dan kesediaan mereka untuk menerima Ketua Umum Keadilan itu sebagai Perdana Menteri menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi.


Minggu lalu Najib Razak dimalukan di Pulau Pinang apabila tiga kali mendapat jawapan negatif “no” (tidak) ketika bertanya sama ada rakyat Pulau Pinang bersedia untuk menerima BN dalam PRU akan datang, sewaktu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN Negeri. – Roketkini.com







Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger