Pengerusinya, Syis Abdul Kadir, berkata setinggi penghargaan diberikan kepada semua pihak yang membantu, khususnya pada insiden membabitkan mahasiswa dikepung sekumpulan samseng, semalam.
Dalam pada itu, beliau berkata kepulangan mahasiswa dari Pekan bukan bererti mengaku kalah.
"Kunjungan mahasiswa bertemu rakyat adalah untuk berkongsi harapan dan impian Malaysia baru. Idea kami dibalas samseng dan budaya politik tidak matang.
Kami berundur kerana bukan cara kami untuk bertumbuk dan berparang. Kami pulang untuk khabarkan kepada Malaysia tentang apa yang berlaku ini adalah bukti kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Sementara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamaruddin, turut merakamkan penghargaan kepada Unit Amal PAS, PAS dan PKR Pekan, khususnya.
"Kepada mereka, kami ucapkan berbanyak terima kasih, lebih-lebih lagi yang menjaga keselamatan kami," kata beliau kepada Harakahdaily.
Kempen jelajah GM13 ke parlimen Pekan, bermula 12 Feb lalu, kumpulan seramai 40 mahasiswa telah diserang dan diugut samseng.
Dalam kejadian semalam, kumpulan itu dikepung samseng di Madrasah Darul Husna tersebut yang merupakan markaz PAS.
Susulan kejadian tersebut, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengerahkan anggota di sekitar Pekan, Pahang ke madrasah tersebut bagi menghulurkan bantuan.
Program yang sepatutnya berakhir esok, 17 Feb terpaksa dihentikan awal atas faktor kselamatan yang membimbangkan.
Sebelum ini, dua siswa dan dua siswi dari kumpulan sama turut diserang dengan parang oleh samseng di Felda Chini 4.
Kumpulan itu diserang ketika mengedar risalah dan surat ‘Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan’ dari rumah ke rumah di kawasan felda berkenaan.
Terdahulu, seorang aktivis gerakan itu, Ekhsan Bukhari diserang di Kampung Datuk Keramat dalam Dun Pulau Manis.
IKLAN
PELANCARAN SECARA RASMI DI JOHOR BAHRU PADA 13HB JANUARY 2013 DI SURIA CITY HOTEL @ 9.00 MALAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan