Home » » Rakyat Tak Mudah Lupa...

Rakyat Tak Mudah Lupa...

Written By canang on Isnin, 11 Februari 2013 | 2/11/2013 07:00:00 PG

PRU13: Pakatan Perak akan kuasai 40 kerusi Dun

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar (gambar) berkata, Barisan Nasional negeri itu telah melakukan satu kesilapan besar apabila merampas kerajaan pilihan rakyat pada tahun 2009. 
“Pada 8 Mac 2008, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, PKR dan DAP untuk memerintah negeri Perak. Kehendak rakyat itu wajib dihormati oleh semuapihak,” ujarnya yang juga Adun Tronoh dalam satu kenyataan.

Tetapi, katanya Barisan Nasional Perak kerana ketamakan kuasa telah merampas kerajaan rakyat itu dengan melanggar semua undang-undang yang sedia ada.

Ujarnya lagi, Barisan Nasional telah menubuhkan kerajaan melalui ‘Pintu Belakang’ yang tidak sah di sisi Undang-undang Tubuh Negeri Perak mahu pun Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini telah menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Perak ketika itu.

“Barisan Nasional mengharapkan bahawa peristiwa rampasan kuasa itu akan dilupai oleh rakyat apabila dimakan oleh masa. Tetapi, andaian Barisan Nasional itu adalah tidak benar,” katanya.


Menurutnya, Perdana Menteri Najib Tun Razak telah membuat perhitungan yang terkeluar dari landasan apabila membuat andaian ‘rakyat Malaysia mudah lupa’.

Beliau berkata, peristiwa rampasan kuasa itu telah terpahat dalam sanubari setiap rakyat perak yang menghormati demokrasi, undang-undang dan keadilan.

Tegasnya, walaupun pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan Barisan Nasional Perak untuk mengalih perhatian rakyat Perak daripada isu itu, tetapi segala usaha itu terbukti gagal.

Rakyat, ujarnya sedar bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah tidak sah atau ‘haram’ di sisi undang-undang.

“Rakyat Perak tidak akan membenarkan keadaan ini berterusan lagi. Negeri Perak memerlukan satu kerajaan sah yang diberi mandat oleh rakyat,” katanya.

Justeru, katanya lagi masa yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Perak sudah semakin hampir yang mana dalam sebulan dua ini Parlimen dan Dun Perak akan dibubarkan, maka Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat akan turun ke gelanggang pilihanraya.

Kali ini, ujar beliau Barisan Nasional pasti akan tumbang di Negeri Perak kerana kewibawaannya telah terhakis di bawah rejim Barisan Nasional yang tidak sah.

Katanya, rakyat dapat menilai, membuat pertimbangan yang rasional dan membandingkan pemerintahan Pakatan rakyat selama 11 bulan dan pemerintahan Barisan Nasional selama 4 tahun selepas rampasan kuasa.

“Barisan Nasional tidak berjaya membawa apa-apa berubahan yang nyata di Perak. Banyak slogan-slogan retorik seperti ‘Perak Aman Jaya’, ‘Tiada Yang Tertinggal, Tiada Yang Terpinggir’ adalah omong-omong kosong sahaja. Rakyat tidak boleh ditipu lagi dengan janji-janji manis yang tidak dilaksanakan,” ujarnya lagi.

Tambahan pula, ujarnya rakyat Perak juga sedar bahawa dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini lebih daripada 68,000 ekar tanah di seluruh Perak telah diberikan kepada kroni-kroni Barisan Nasional dengan harga premium tanah yang terlalu murah.

Oleh yang demikian, katanya jelas bahawa rampasan kuasa pada tahun 2009 dilakukan adalah semata-mata untuk membolot kekayaan negeri dan memewahkan lagi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan kroni-kroninya.

Menurutnya, daripada analisa yang diperolehi daripada pelbagai sumber didapati bahawa Pakatan Rakyat Perak akan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi daripada 59 kerusi yang akan ditandingi untuk Dewan Negeri Perak.

“Kemenangan yang besar ini adalah perlu untuk menjamin kesejahteraan dan kedudukan kerajaan yang baru dipilih itu. Pakatan Rakyat Negeri Perak akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menambahkan lagi bilangan kerusi dalam PRU13.

“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Perak cukup yakin bahawa rakyat negeri Perak akan memberi mandat yang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang,” katanya.










Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger