Home » » Siapa pencetus huru hara?

Siapa pencetus huru hara?

Written By canang on Ahad, 10 Februari 2013 | 2/10/2013 06:30:00 PTG

Siapa pencetus huru hara?

Deretan provokasi, gangguan ceramah, sekatan, halangan dan berbagai gelagat dan aksi ganas ketika ini siapa yang mulakan. Siapa pukul dan cederakan petugas PAS dan Pakatan Rakyat?

Segala laporan polis, Suhakam dan berbagai bukti bagaimana samsengnya Umno telah didedahkan serta diketahui umum.

Terbaru, mesyuarat yang dipengerusikan Pengurus Felda Sg Tengi secara jelas merancang huru hara dalam ceramah PAS telah terbongkar melalui sebaran you tube, fb, blog dll. Terbukti, pada malam tersebut, huru hara berlaku!

BN menang 12 kali pilihanraya. Adakah pembangkang melakukan huru hara kerana kalah?
Meskipun perjalanan praya penuh dengan kepincangan dan penipuan, BN terus berkuasa. Pembangkang akur dan menghormati mandat rakyat.

PRU 13 semakin hampir. Pertarungan sangat sengit. Rakyat ingin suatu jaminan; kalau BN kalah, adakah Najib dan pemimpin BN akur dengan kekalahan dan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Pakatan Rakyat?

Wahai Najib, beritahu pimpinan dan penyokong BN, kalau kalah, jangan buat huru hara.
Bersedia pula jadi pembangkang!!!










Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger