Enam individu tersebut dan juga seorang pemandu bot ditahan anggota Pasukan Gerakan Am pada kira-kira jam 8 pagi ketika kumpulan tersebut menghampiri Kampung Tanduo – kawasan yang didiami kumpulan bersenjata sejak 11 hari lalu.
Enam individu dan pemandu bot tersebut dibebaskan beberapa jam selepas disoal siasat.
Seorang anggota jawatankuasa perhubungan pusat SAPP Suaib Mutalib berkata tiga pemuda tersebut mengiringi wartawan asing yang ingin membuat liputan mengenai perkembangan di kawasan tersebut.
Suaib berkata individu berkenaan dibawa ke balai polis Chenderawasi di Tungku dan dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang.
Suaib yang juga penolong setiausaha agung SAPP berkata keadaan di Lahad Datu kini dilihat tegang.
Katanya, ramai ibu bapa yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah dan kebanyakan kedai juga ditutup lebih awal.-mk
IKLAN
PELANCARAN SECARA RASMI DI JOHOR BAHRU PADA 13HB JANUARY 2013 DI SURIA CITY HOTEL @ 9.00 MALAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan