Home » » Bahana menyindir Pakatan Rakyat tanpa membuat penyelidikan.

Bahana menyindir Pakatan Rakyat tanpa membuat penyelidikan.

Written By canang on Jumaat, 1 Mac 2013 | 3/01/2013 03:30:00 PTG





Gara-gara Dihentam Peminat dan Penyokong PR, Salih Yaacob Umum Bersara daripada Industri Hiburan


Bahana menyindir Pakatan Rakyat tanpa membuat penyelidikan.

Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, dilaporkan oleh Utusan Malaysia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube berjudul Buku Jingga dalam siri sketsa pendek Bangkang dari Longkang .

Sketsa pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Siri Bangkang dari Longkang yang turut Afdlin Shauki, Nabil Raja Lawak, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Salih Yaacob, Douglas Lim dan Johan Raja Lawak termasuklah isu Buku Jingga, Gaji Minimum, dan BERSIH.

Setakat ini hanya Nabil dan Saleh Yaacob yang menerima tempias kerana terbabit dengan Bangkang dari Longkang. Bagaimana pula pelawak lain yang turut mempersenda PR dalam pelbagai isu?- DCM


P/s: Siapa kata penyokong tiada pengaruh untuk bertindak balas terhadap fitnah pihak tertentu?


IKLAN


KOPI HERBA TERLARIS DIPASARAN MESTI MAU CUBA





Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak salah artis nak sokong sapa pun. Tapi harus bijak dan tidak keterlaluan dlm menyebelahi mana2 pihak sehingga seolah memperlekehkan hak memilih rakyat Malaysia. Kritik, kutuk dlm politik lumrah. Dua2 parti pun ada. Dua2 penyokong pun buat. Tapi harus diingat bahawa artis adalah golongan yg punya kelompok peminat dan pengikut tersendiri. Kdg2 bila keterlaluan menyebelahi satu pihak dan beriya2 sungguh melakonkan sketsa tanpa kajian mendalam, ia mungkin memercik kebencian di kalangan peminat yg terdiri dr penyokong sesuatu parti itu. Apapun, elok la besederhana je. Kalo terlebih sgt mcm diri bagys sgt pun org menyampah..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger