Home » » BETUL KE PARLIMEN BUBAR HARI INI 25.3.2013

BETUL KE PARLIMEN BUBAR HARI INI 25.3.2013

Written By canang on Isnin, 25 Mac 2013 | 3/25/2013 11:00:00 PG


UNIT RISIKAN berbisik lagi ke telinga BLOG PARLIMEN81 dan membuat spekulasi lagi dengan menjangkakan bahawa Datuk Seri Najib akan mengadap Yang Dipertuan Agong pada Isnin 25  Mac 2013 bagi memohon pekenan untuk membubarkan parlimen petang terebut dan seterusnya membolehkan Pilihanraya Ke-13 dilaksanakan pada hujung April 2013. SPR juga telah umumkan minggu lepas bahawa pilihanraya akan diadakan serentak diseluruh Malaysia
Majlis Kemuncak Jelajah Janji DiTepati di Kuantan Pahang pada 23 Mac 2013 juga menandakan bahawa PM Najib telah bersedia untuk menghadapi PRU13 . 
Dalam majlis ini beliau meminta mandat untuk 5 tahun lagi dari rakyat Pahang . Beliau juga berjanji untuk memberi peruntukan sebanyak RM100 juta kepada orang Kuantan supaya beralih arah dari Pakatan Rakyat kepada Barisan nasional dalam PRU13 nanti . RM50 juta untuk baiki jalanraya dan RM50 juta untuk projek tebatan banjir . Terpulanglah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Pahang selepas PRU13 nanti untuk uruskan wang tersebut.Sepatutnya ikut kata risikan pembubaran akan dilakukan pada 22 Februari 2013 tetapi memandangkan terdapat masalah maka ditanguhkan beberapa kali dan hari ini adalah sangat sesuai untuk dibubarkan parlimen . Dan kebetulan pula MB Selangor mengumumkan Selangor akan bubar selepas Chap Goh Mei . Maka PM Najb baru perasan bahawa jika beliau membubarkan parlimen 22 Februari 2013 maka ianya akan melukakan hati orang cina dan memberi mileage kepada MB Selangor . Jadi 27 Februari 2013 dirasakan masa yang sesuai untuk membubarkannya. Tapi kejadian di Lahad Datu telah mengagalkan lagi PM Najib untuk membubarkan parlimen . Kini kejadian di Lahad Datu sudah agak reda dan kini masa yang sesuai untuk membubarkannya iaitu bubar dihari yang mulia dalam segala hari iaitu hari Jumaat 15 Mac 2013 tapi kemudian beliau terlupa pula rakyat ingin tahu prestasi ETP dan GTP yang belum diumumkan lagi maka semalam beliau telah umumkan pencapaian beliau dalam GTP dan ETP .Jadi sepanjang minggu ini dan minggu lepas PM Najib akan cuba melihat dan mengkaji feedback dari orang ramai  berkaitan dengan prestasi tranformasi beliau Cadangan  20 Mac 2013 juga tidak menjadi kerana skandal rasuah Taib Mahmud yang meledak satu dunia  Tapi pembubaran automatik DUN Negeri Sembilan pada 27 Mac ini akan memungkinkan sekali lagi spekulasi untuk Najib bubarkan parlimen .
Adakah betul tarikh tersebut tapi yang pasti tak kira apa tarikh yang dipilih oleh PM Najib maka semua jentera pilihanraya Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia bermula dari sekarang.
SUMBER 



IKLAN


KOPI HERBA TERLARIS DIPASARAN MESTI MAU CUBA


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger