Home » » MENARIK!!! Gerila Sulu vs Malaysia

MENARIK!!! Gerila Sulu vs Malaysia

Written By canang on Rabu, 6 Mac 2013 | 3/06/2013 12:33:00 PTG



232 - 10 & M-16 (Islam 100%) VS 6 Balition tenter, Jet Pejuang, Helicopter, Kereta Kebal, UTK, Sharp Shooter, TUDM, Kapal Perang, Komando, Radar Satelite, Tentera Laut, APPM,PDRM, TV3, RTM, Sholat Hajat, Pakar ATM, Islam & KDN.
Aku jadi keliru nak doakan siapa...!!!

The secret of Solok part one

Lewat malam tadi, seorang sahabat mengirim maklumat yang menjadi kehairanannya… Beliau menceritakan : “sebenarnya sepanjang perjalanan ke Semporna dari Tawau… sahabat suami isteri menceritakan bagaimana suatu ketika dulu orang2 Sulu (mereka sebut sebagai orang Solok) di beri IC oleh Umno aka kerajaan Malaysia untuk memenangkan Umno-BN.

Dengan perkembangan terkini, kelihatan bendera lambang PKR juga PAS juga kelihatan. sambutan ceramah DS Anwar baru2 ini juga mendapat sambutan yang tidak di duga.. Umno rasa terancam & seolah seperti tidak di balas budi dengan pmberian IC dulu kepada keturunan Sulu ini.

Dengan masyarakat Sulu antara penyokong kuat PKR & PAS yang baru, Sabah & Sarawak yang selama ini adalah ‘talian hayat ‘ untuk Umno-BN perintah Malaysia seperti kedudukan telur di hujung tanduk & tidak lagi boleh di harapkan.”

“Peristiwa yang berlaku di CIMB bank semasa beratur untuk mengeluarkan wang juga membuat saya berfikir di luar kotak. Seorang wanita telah melepaskan geramnya dengan berkata kuat memarahi Kerajaan Malaysia : “Suami aku masih di lokasi gerakan sbgai komando, kumpulan sulu diberikan makanan oleh kerajaan Msia, anggota komando dibiarkan berlapar”

Sambungnya lagi… beliau juga ada menceritakan bagaimana dalam satu babak di mana, pihak kumpulan Sulu ini mengibarkan bendera putih, dan anggota komando yang menghampiri di tembak…” Allahu A’lam Diberi makanan???

Ini satu kerja konspirasi menjahanam rakyat sendiri untuk kepentingan segelintir manusia yang TAMAK dan RAKUS dengan kuasa. Seorang rakan biz kami juga bekas tentera merumuskan jalan cerita seolah2 drama Al-Maunah di Sauk. Mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu Orang Sulu seolah PKR & PAS yang terlibat secara terus dengan orang Sulu.

Dari penceritaan orang Sulu jelaslah.. umno BN memberikan mereka kewargenagaraan dan mereka menakut nakutkan Sulu bahawa Orang Sulu akan di buang kewarganegaraannya dan ini merbahayakan Sulu sulu yang ada..

Sebenarnya.. Bukan Sulu yang dalam bahaya.. yang bahaya ialah BN.. Sebab rakyat Sabah bangkit ingin ubah politik negara dengan menumbangkan BN dan menaikkan PR

Jadi perancangan licik dibuat bagi membuat Sabah darurat dan Sabah terpisah dari pilihanraya umum..

Apakah perancangan Sulu dan umno?

Sumber : orang Sulu wargenagara

The secret fo Solok part 2

Untuk memahami apa kehendak Sulu,mari kita memahami sejarah perjanjian secara ringkas..

Mereka berkata SABAH adalah milik KIRAM sebab itu kiram 9 keluarga menerima pampasan sebanyak rm5300 setahun. Menurut mereka Kiram adalah FILIPINO maka itulah sebabnya Filipina adalah pemilik SABAH.

Kenyataan bodoh ini masih dipertahankan oleh Filipina dan diangguk oleh keluarga KIRAM tanpa memahami KONTEKS penipuan HAKIM MAKASKIE terhadap KIRAM.

Bila Hakim Makaskie memukul tukul hakimnya bahawa 9 waris Kiram layak mendapat agihan dari PAMPASAN itu maka adakah ini bermakna SABAH milik KIRAM dari 9 keluarga ini? TIDAK... Hakim Makaskie menamakannya PAMPASAN bukannya wang PAJAKAN. Inilah helah British yg tidak disedari oleh KIRAM.

Sepatutnya Hakim makaskie memilih antara dua anak lelaki Rajamuda Mawallilwasit bin Sultan Jamalul Alam menjadi SULTAN SULU sebagai ketua KERAJAAN SULU untuk layak menerima WANG PAJAKAN (sewaan) itu. Wang pajakan bukan harta peribadi, ianya termasuk dalam harta negara. Yang mana RAKYAT SULU keseluruhan berhak menerimanya sekali bersama Sultan mereka.

Helah Hakim Makaskie ialah melantik kesemua waris yg menuntut itu seramai 9 orang agar tiada lagi SULTAN SULU. Hal ini tidak disedari oleh KIRAM. Kerana dalam penghakiman ini tiada satu pun dari pihak Datu Punjungan dan Datu Esmail I yg disebut sebagai SULTAN SULU.

Maka itu WANG PAJAKAN disebut oleh Hakim Makaskie sebagai WANG PAMPASAN waris Sultan... bukan SULTAN SULU.

Nota dari orang Sulu :

INSIDEN DI LAHAD DATU Kita melihat kejadian di Lahad Datu dari 2 aspek :

1. Konflik Sejarah.

- “Sultan Sulu” masih menganggap SABAH dibawah kekuasaannya, walaupun mereka gagal memberikan bukti bertulis atau membawa kes ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ)

2. Memancing campur tangan Kuasa Luar.

- Sepertimana yang diketahui, negara asing memang berminat mewujudkan satu keadaan tidak aman di Malaysia. Ini ditambah lagi dengan agen-agen asing yang dilantik dengan saluran dana berjuta-juta dolar kepada pertubuhan NGO yang diragukan identiti mereka.

Kesimpulan : Pertumpahan darah bukanlah satu jalan terbaik. Kerajaan Malaysia melalui ATM dan PDRM serta Majlis Keselamatan Negara pastinya mempunyai taktikal yang mempunyai beberapa option seperti:-

a) Rundingan
b) Pujuk rayu
c) Diplomasi antara negara
d) Serangan bersenjata.

Ingat, peristiwa di Bukit Jenalek Perak (Kes Al-Maunah), PDRM dan ATM telah menggunakan pelbagai kaedah sebelum tindakan senjata dilaksanakan.

Perlu diberi perhatian, yang MULA melakukan PENCEROBOHAN adalah kumpulan TENTERA “SULTAN SULU”. Dan mereka telah diajak serta dipujuk untuk keluar. Sayugia diberi perhatian, mereka BUKAN RAKYAT MALAYSIA.

.... APA PUN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA YANG MENGGUNAKAN PELBAGAI KAEDAH SEBELUM MELAKSANAKAN TINDAKAN BERSENJATA!!!

Misteri... apakah rahsia perjanjian Najib dan Filipin antara MILF yang masuk berita baru baru ini??

WAJARKAH kami rakyat SABAH untuk masih bertuankan KESULTANAN SULU yang jelas2 telah mengkhianati rakyatnya di sabah dengan mangadaikan negeri sabah pada BRITISH...?

MEMBIARKAN kami berjuang sendiri mempertahankan tanahair SABAH sewaktu peristiwa KONFRANTASI dulu....membiarkan kami menentang komunis,membiarkan kami menentang penjajahan jepun,membiarkan kami membangunkan ekonomi kami sendiri sehingalah warga2 SULU itu tertarik kembali untuk menuntut sabah....

MAMPUKAH SULTAN SULU untuk membangunkan sabah sepertimana sekarang sedangkan wilayahnya di MINDANAO itu tetap MUNDUR sehinggakan rakyatnya sendiri sanggup menjadi pendatang asing,disumbat di rumah merah malah dirotan semata mata melarikan diri dari kepompong kemiskinan disana..

WAJARKAH kami untuk MENDAULATKAN mereka yang tidak berjuang untuk keamanan kami di SABAH namun sebaliknya mewujudkan kekecohan,ketakutan malah menconteng arang dimuka kami....mengapa tidak diadakan UNDIAN/PUNGUTAN SUARA dari PERIBUMI asli sabah dan DAYAK2 BORNEO samaada masih ingin BERSULTANKAN RAJA RAJA SULU atau memalingkan kesetiaan kami kepada RAJA RAJA MELAYU??

Ini adalah persoalan mengapa Sulu bangkit dan mengapa ada pihak mengambil kesempatan ini untuk mendaruratkan Sabah?



IKLAN


KOPI HERBA TERLARIS DIPASARAN MESTI MAU CUBA




Share this article :

2 ulasan:

joecharles berkata...

yes Diorang datang pun nak makan angin kat Lahad Datu jadi ATM lawanlah dengan Sudu dan Garpu jer layan tetamu terhormat katakan........

irin berkata...

Bukan camtu kerajaan tak nak ada pertumpahan darah.itulah sebabnya kita guna cara perundingan diambil dulu.Cara baik tak boleh juga skrg cara kekerasan diguna iaitu serangan ketenteraan.Banyak persoalan perlu difikirkan sebelum suatu tindakan diambil.Ada otak fikir.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger