Home » » Terkini! MB Selangor Fail Semula Kes Terhadap Ahmad Said!

Terkini! MB Selangor Fail Semula Kes Terhadap Ahmad Said!

Written By canang on Ahad, 31 Mac 2013 | 3/31/2013 10:21:00 PG

Terkini! MB Selangor Fail Semula Kes Terhadap Ahmad Said! 

Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari!

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi telah mengarahkan peguamnya memfailkan kes ke atas Ahmad Said Hamdan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana engkar Perintah Mahkamah terhadap keputusan kes rasuah melibatkan menteri besar tersebut pada tahun 2009.

Pemimpin KEADILAN tersebut mendakwa bekas ketua pesuruhjaya, Ahmad Said dan SPRM telah melanggar syarat yang telah dipersetujui semasa menyelesaikan kes di mahkamah dua minggu walaupun telah berjanji sebelumnya di mahkamah.

“Sikap melampau kedua-dua defendan ini bertujuan mahu terus-terusan menghina saya selaku mangsa kepada kata-kata berunsur fitnah,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

“Sehubungan itu, saya tidak mempunyai pilihan lain dan tanpa teragak-agak telah mengarahkan peguam saya, Sankara Nair untuk memulakan satu prosiding Penghinaan Mahkamah terhadap Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia serta apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai dan setimpal dengan penghinaan yang dilakukan para defendan,” tambah beliau lagi.

Kata beliau, antara terma persetujuan direkodkan di hadapan Yang Arif Hakim Lau Bee Lian ialah Ahmad Said melafazkan permohonan maaf di mahkamah terbuka dan menyiarkan permohonan maaf tersebut di muka depan dua akhbar harian berbahasa Inggeris dalam tempoh empat hari dari tarikh persetujuan iaitu 19 Mac lalu.

Khalid berkata, Ahmad Said, SPRM dan kerajaan secara terang-terangan telah menghina mahkamah kerana dengan sengaja tidak mematuhi dan menghormati perintah mahkamah.

Laporan media 19 Mac lalu menyebut bahawa kes saman fitnah Khalid terhadap Ahmad Said selesai apabila Menteri Besar Selangor menerima permohonan maaf beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kenyataan permohonan maaf secara terbuka yang dibacakan Ahmad Said itu direkodkan di hadapan Bee Lan.

Kedua-duanya berjabat tangan selepas selesai prosiding kes itu.

Terdahulu, Ahmad Said ketika membacakan kenyataan dalam bahasa Melayu itu berkata beliau memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor itu atas kenyataan yang telah diberikan yang kemudiannya diterbitkan pada 21 Februari 2009 oleh pihak media.

Katanya kenyataan itu dibuat atas kapasitinya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada masa itu dan ianya dibuat bagi menjawab soalan dikemukakan kepadanya oleh pihak wartawan berkaitan perkembangan hasil siasatan SPRM terhadap Abdul Khalid dan kenyataan itu juga telah dibuat sebelum kertas siasatan berhubung kes itu dirujuk dan diputuskan oleh Peguam Negara.

Khalid memfailkan saman fitnah itu pada 27 April 2009 dengan menamakan Ahmad Said dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Saman itu dikemukakan berikutan kenyataan Ahmad Said mengenai hasil siasatan suruhanjaya itu berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Khalid berkaitan penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu bagi Hari Raya Aidiladha untuk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili Khalid.


Kenyataan Media Untuk Sebaran Segera

Peguam Negara Dan SPRM Hina Keputusan Mahkamah

Saya amat kesal kerana bekas Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Seri Ahmad Said Hamdan dan Kerajaan Malaysia sanggup menghina mahkamah apabila gagal, enggan dan ingkar perintah mahkamah yang dimeterai secara persetujuan pada 19 Mac lalu.

Antara terma persetujuan yang direkodkan di hadapan hakim Yang Arif Dato’ Lau Bee Lian ialah Ahmad Said melafazkan permohonan maaf di mahkamah terbuka dan menyiarkan permohonan maaf tersebut di muka depan dua akhbar harian berbahasa Inggeris, The New Straits Times dan The Star dalam tempoh empat (4) hari dari tarikh tersebut.

Walaubagaimanapun, Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia bersikap liar dan tidak bertanggungjawab apabila dengan sengaja tidak menunaikan perintah tersebut dalam tempoh empat hari seperti yang diarahkan mahkamah. Mereka sehingga hari ini masih gagal melaksanakannya walaupun peguam saya telah menuntut defendan berbuat demikian.

Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia secara terang-terangan telah menghina mahkamah kerana dengan sengaja tidak mematuhi dan menghormati perintah mahkamah. Sikap melampau kedua-dua defendan inibertujuan menghina saya secara berterusan selaku mangsa kepada kata-kata berunsur fitnah. Tindakan defendan ini selari dengan sikap kerajaan Umno-BN yang telah memperkotak-katikkan badan kehakiman Malaysia. Mengingkari perintah mahkamah dilakukan tanpa sedikit pun rasa kesal kerana beranggapan kedudukan mereka mengatasi undang-undang di negara ini.

Sehubungan itu saya telah mengarahkan peguam, Sankara Nair untuk memulakan satu prosiding penghinaan mahkamah terhadap Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia serta apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai dan setimpal dengan penghinaan yang dilakukan pihak defendan.


YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM




KOPI HERBA TERLARIS DIPASARAN MESTI MAU CUBA


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger