Korea secara rasminya telah mendapat kemerdekaan daripada Jepun pada tahun 1948. Namun begitu, di awal tahun 1950 an, Korea menghadapi Perang Saudara yang telah memecahkan negara itu kepada dua bahagian iaitu Korea Selatan dan Korea Utara sehingga kini.
Malaysia melalui jalan yang lebih mudah apabila kita mendapat kemerdekaan secara rundingan dengan Britain pada tahun 1957. Kita juga 3 kali ganda lebih kaya dengan pendapatan USD$287 per kapita berbanding Korea Selatan yang mempunyai pendapatan per kapita sebanyak USD$92 pada tahun1961.
Korea Selatan tidak mempunyai apa-apa sumber untuk bergantung melainkan tenaga rakyatnya. Sumber-sumber asli Malaysia bertambah melalui penemuan minyak berharga serta gas asli yang menyumbang kepada beratus-ratus billion pendapatan negara.
Walaupun serba kekurangan, Korea Selatan dengan lajunya memintas Malaysia di dalam bidang ekonomi. 50 tahun kemudian, rakyat Korea Selatan mempunyai pendapatan purata sebanyak US$22,424 iaitu dua kali ganda daripada pendapatan purata kita, US$9,977.
Pemerintahan yang pincang oleh kerajaan Barisan Nasional telah membawa kita menyusuri jalan yang agak lembap, di mana para pemimpin kita merampas kekayaan hasil bumi untuk mengenyangkan kroni-kroni mereka. Persembahan jutaan ringgit Psy yang dibayar oleh BN telah menunjukkan kelemahan mereka sendiri.
Inilah masanya untuk berubah. Inilah masanya untuk permulaan yang baru. Pakatan Rakyat berjanji untuk sentiasa telus dan boleh dipercayai di samping membasmi rasuah yang semakin menjadi-jadi dan merobek masa depan anak-anak kita. Perjalanan kita masih jauh. Namun, dengan rakyat yang berbakat, serta hasil yang melimpah ruah, matlamat kita akan mampu dicapai!
Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!
PAUTAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan