Home » » Panas!!!..Kakitangan Kastam sangsi mengapa wakil kerajaan tidak hadir sewaktu sempurnakan jenazah Datuk Shaharuddin

Panas!!!..Kakitangan Kastam sangsi mengapa wakil kerajaan tidak hadir sewaktu sempurnakan jenazah Datuk Shaharuddin

Written By canang on Sabtu, 27 April 2013 | 4/27/2013 08:49:00 PTG


Kakitangan Kastam sangsi mengapa wakil kerajaan tidak hadir sewaktu sempurnakan jenazah Datuk Shaharuddin

Oleh RIZAL TAHIR

PUTRAJAYA, 27 April: Calon PAS P125 Putrajaya, Datuk Husam Musa, melahirkan rasa kehairanan kenapa wakil kerajaan Persekutuan tidak ada pada hari pengkebumian jenazah Penolong Pengarah (Operasi) Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim.

Katanya, beliau turut melahirkan rasa sangsi sebahagian kakitangan kastam kenapa tidak ada wakil kerajaan yang hadir ketika menunaikan solat jenazah allahyarham.

Menurut Husam kerajaan perlu menghantar walaupun hanya seorang menteri untuk memberi penghormatan terakhir kepada pegawai tinggi kastam yang berdedikasi itu.

“Saya yakin beliau adalah seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik.

“Kerana itu, seorang menteri kena hadir untuk memberikan penghormatan yang terakhir pada hari pengkebumian sebagai mewakili kerajaan,”ujarnya.

Kata Husam lagi, ketidak hadiran itu menghairankannya, sama sekali tidak menjangka perkara itu berlaku.

Jelasnya lagi, nampaknya kerajaan hanya leka dengan politik dan berkempen, tetapi tidak mengendahkan insiden semalam.

“Slogan dahulukan rakyat hanya sia-sia sahaja dan tidak dipraktikkan,”ujarnya.

Husam turut mengemukakan cadangan sepintasnya dengan meminta kerajaan memberikan pelindung insuran pada kakitangan supaya keluarga terjaga menerusi skim pelindungan insuran itu.

Katanya, dengan adanya skim berkenaan memberi jaminan pada kakitangan untuk menjalankan tanggungjawab itu sebaiknya.

“Perlindungan insuran akan membantu keluarga kakitangan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini,”ujarnya.

Pada masa yang sama, kerajaan diminta menangani seberapa segera berhubung suspek yang menembak sehingga mati Penolong Pengarah Kastam itu.

Menurutnya, beliau menyampaikan hasrat itu bukan hanya kerana tanggungjawabnya sebagai calon PAS, sebaliknya memenuhi kehendak kakitangan Kastam sendiri yang memohon supaya beliau mengemukakan perkara itu.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya sebentar tadi di sini.

Husam seterusnya berkata, sehingga pagi ini (ketika sidang media dibuat), belum lagi ada tangkapan dibuat.

Kejadian itu membuktikan keselamatan di smart city longgar sehingga perkara itu berlaku dan diragukan.

Pembunuhan itu juga membuktikan sendiket yang menentang undang-undang negara tidak lagi takut pada penguatkuasaan undang-undang negara malah ianya telah menunjukkan taringnya.

Beliau berkata, kejadian itu juga turut melahirkan rasa takut dikalangan petugas Kastam yang lain untuk menjalankan tanggungjawab mereka jika tidak dilindungi.

“Ancamana dadah dan anasir lain akan berleluasa di negara ini bila jenayah menjadi raja dan rakyat menjadi mangsa.

“Untuk itu tingkatkan peningkatan keselamatan di puterajaya kerana ianya lebih tinggi berbanding di tempat lain,”katanya.






PAUTAN
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lagi pelakon terkenal menyokong PR, siapakah dia?.....layarilah ---------------> ohbulan-pilihanraya

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger