Kini Saudara Abu Bakar Omar dan Mior Ahmad Zaudi yang telah menjadi ahli PAS seumur hidup begitu aktif sebagai penceramah PAS.
Nampaknya semakin ramai golongan artis dilanda gelombang kebangkitan Islam dewasa ini dan kembali insaf untuk mempelajari ilmu- ilmu agama bagi mendekatkan diri kepada Allah.
Kini mereka melihat parti Umno sebagai sebuah parti sekuler, perkauman, memisahkan agama dan politik dan ahli-ahlinya semakin jauh daripada Islam berdasarkan peristiwa dan insiden yang berlaku mutakhir ini.
Amalan rasuah, kronisme, penyelewengan, politik samseng, memfitnah, video lucah, dan pelbagai unsur mungkar yang berakar umbi dalam Umno selama ini adalah tidak lagi sesuai dan relevan untuk terus diterima oleh rakyat Malaysia.
Sebaliknya mereka melihat PAS sebagai sebuah parti yang bukan sahaja mampu menyekat gejala sosial dan keruntuhan moral terutama di kalangan anak muda dan remaja hari ini tetapi sentiasa berusaha untuk mendaulatkan Islam.
Sesungguhnya para artis ini telah menyahut seruan Allah seperti firmanNya dalam ayat 11 dari Surah Ar-Raad, yang selalu kita dengar, yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri sendiri.”
Penghijrahan beramai-ramai artis juga membuktikan bahawa perjuangan PAS selama ini berada pada landasan yang betul dan benar dan sekaligus menolak tohmahan Umno yang masih berpegang dengan fahaman kuno bahawa agama dan politik tidak boleh bercampur.
1 ulasan:
demi agama islam......
http://www.anwaraidc.com/?p=33964
moga kita brlapang dada........
Catat Ulasan