Home » » Wardina : Suara hati Seorang Ibu Sempena PRU13 ::

Wardina : Suara hati Seorang Ibu Sempena PRU13 ::

Written By canang on Khamis, 18 April 2013 | 4/18/2013 04:46:00 PTG


 Wardina : Suara hati Seorang Ibu Sempena PRU13 ::

Kita perlukan satu semangat perjuangan yang berasas dan berpaksikan kepada ilmu juga keadilan. Hidup bukan untuk makan, bergembira, menyanyi berkaroke, berseronok sahaja. Bangunlah rakyat Malaysia.. lihatlah apa yang berlaku, yang telah berlaku, apa yang tidak sepatutnya berlaku... dan ambil masa untuk berfkir mengenai masa depan kita dan anak-anak.

Bertanyalah..."Apa yang mungkin berlaku?" "Apa yang perlu dilakukan?" Kita semua mahukan satu perubahan yang akan memberikan kita satu masa depan yang lebih baik InsyaAllah. Isu pendidikan, keselamatan, korupsi, dan masalah sosial (isu akhlak dan moral) amat perlu diberi penekanan oleh sesiapa yang bakal menerajui negara. Pemimpin yang mewarisi Malaysia akan mewarisi Malaysia dalam satu keadaan sosial yang SANGAT TENAT.

Didoakan semoga memperbaiki akhlak menjadi agenda terpenting dan ianya hanya mampu diubah sekiranya ada 1. keikhlasan 2.penekanan terhadap memperkasakan minda dengan menyintai ilmu pengetahuan. Kita perlu menghentikan kiblat yang cuma berpaksikan kepada habuan wang ringgit semata. We need money to live yes..BUT WE NEED MORE THAN THAT DEAR LEADERS! Dengan akhlak, integriti, sifat rajin dan intelek yang hebat..wang ringgit akan menyusul jua percayalah...Kita sudah cukup bangunan yang tinggi KINI kita amat memerlukan manusia yang BERAKHLAK TINGGI....

Ambil tahu wahai rakyat Malaysia... Ambil tahu apa yang terjadi kepada negara anda, siapa pemimpin anda. Kita perlu baca lebih dari gossip artis semata. xoxo. Salam Sayang... Salam Perjuangan.. Salam Semangat yang penuh dengan pengharapan... Moga kita semua tidak kecewa...

Link asal : http://www.wardinasafiyyah.com/penulisan/isu-semasa/61-suara-hati-seorang-ibu-sempena-pru13





IKLAN


KOPI HERBA TERLARIS DIPASARAN MESTI MAU CUBA




Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger