Home » » Calon Pakatan ikrar hormati Islam agama rasmi

Calon Pakatan ikrar hormati Islam agama rasmi

Written By canang on Sabtu, 4 Mei 2013 | 5/04/2013 03:30:00 PTG


Calon Pakatan ikrar hormati Islam agama rasmi

GEORGETOWN: Semua calon Parlimen dan Dun Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini berikrar sekiranya menerima mandat daripada rakyat negeri ini pada 5 Mei mereka akan memartabatkan perlembagaan persekutuan dan negeri sebagai undang-undang tertinggi dan mempertahankan demokrasi.

Mereka juga berjanji menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan memastikan kebebasan agama lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ikrar itu dibuat dalam satu majlis yang dibuat hari ini.

Selain itu juga, mematuhi tahap tertinggi integriti dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kepercayaan yang diamanahkan oleh rakyat.

Memperkukuhkan pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dalam setiap peringkat kerajaan.

Mewakili dan menyuarakan hasrat dan harapan rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Menubuhkan pusat-pusat perkhidmatan untuk membantu setiap penduduk dalam kawasan Dun dan Parlimen.

Memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira bangsa, agama, kepercayaan, jantina atau pangkat.

Memandangkan parti gabungan dalam Pakatan Rakyat bergerak seiring sebagai satu pasukan atau suara rakyat maka mereka juga berikrar untuk mengharamkan ahli keluarga wakil-wakil rakyat kami dari berurusniaga dengan pihak kerajaan.

Mereka juga berikrar untuk meneruskan sistem tender terbuka untuk membasmi kronime dan rasuah.

Menubuhkan dasar responsif gender untuk memartabatkan golongan wanita dan menghapuskan dikriminasi terhadap wanita.

Mengembalikan pilihan raya tempatan secara sah di sisi undang-undang untuk memartabatkan sistem demokrasi.

Mereka juga berikrar untuk bertindak adil dan saksama terutamanya golongan miskin dan kurang upaya tanpa mengira bangsa, agama, kepercayaan dan jantina.

Ikrar tersebut juga untuk menjadi suara, impian dan harapan anda di mana keuntungan negara harus di bahagikan, yang bekerja keras akan diberi ganjaran dan pesalah laku akan dihukum.

Sementara itu Setiausaha Agung DAP; Lim Guan Eng ketika berkata pada media, meminta bahawa rakyat menilai hasil kerja baik Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding 50 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

"Pilihlah kerajaan yang terbukti amanah dan mampu membawa perubahan terhadap kepincangan kerajaan terdahulu yang nyata kurap ideal membangunkan negara," katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18955-calon-pakatan-ikrar-hormati-islam-agama-rasmi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger