Home » » Guan Eng Terus Malukan BN- Serah Rumah Mewah RM500K Kepada 24 Penduduk KG Buah Pala

Guan Eng Terus Malukan BN- Serah Rumah Mewah RM500K Kepada 24 Penduduk KG Buah Pala

Written By canang on Rabu, 15 Mei 2013 | 5/15/2013 07:01:00 PTG



Guan Eng Terus Malukan BN- Serah Rumah Mewah RM500K Kepada 24 Penduduk KG Buah Pala

Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.

“Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.

“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.

“Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.

“Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri.

“Setelah berunding, seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan menipu,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.

“Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu... Mana TV3?? Mana utusan?? Mana Umno??? Lenaaa KoT.........Zzzzzzzz.....
Share this article :

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JGN MIMPI LA BN NAK RAMPAS SEMULA PP

Tanpa Nama berkata...

pakcik2, & sedara2ku dlm Islam, rumah tak kira mewah atau tak, solat jamaah kat rumah Allah jgn lupa tau.

Barulah Allah pandang.

Tanpa Nama berkata...

Inilah di namakan negeri/negara berkebajikan.Kebajikan rakyat dijaga sewaktu memajukan sesuatu kawasan.Bukannya merampas dan menghalau mereka dari tanah yang mereka duduki puluhan tahun.KERAJAAN UMNO boleh buat macam ni ka?????????

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger