Home » » MP: 'Mini mahathirfiraun' sedang muncul di Kedah

MP: 'Mini mahathirfiraun' sedang muncul di Kedah

Written By canang on Sabtu, 4 Mei 2013 | 5/04/2013 06:00:00 PTG


Keengganan Menteri Besar Datuk Muhkriz Mahathir memberikan Stadium Suka Menanti menandakan isyarat kemunculan pentadbiran "mini Mahathirfiraun" di negeri Kedah, kata anggota parlimen PKR.
NONEWakil Rakyat Alor Setar daripada PKR Gooi Hsiao Leung berkata, Kedah menuju hari hitam dan kemerosotan kebebasan demokratik setelah Pakatan membuka stadium itu kepada semua dalam pentadbirannya lima tahun sebelum ini.

"Adalah dikesali, bahawa tindakan terbaru Muhkriz menandakan permulaan pemerintahan penindasan dan penghapusan hak-hak dan amalan demokratik yang dinikmati oleh rakyat Kedah lima tahun sebelum ini.
"Malah, penolakan permohonan perhimpunan oleh MB Muhkriz adalah satu isyarat kebangkitan satu 'mini Mahathirfiraun' yang sedang muncul," sindir Gooi (kiri).

Bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas perdana menteri dalam era perhimpunan Reformasi membantah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998 turut mendapat gelaran hampir sama, iaitu "Mahafiraun" di Internet.
poster war mukhriz in ayer hitam kedahMukhriz pada Sabtu lalu berkata, beliau tidak akan membenarkan pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, kerana ia bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap kerajaan yang mendapat mandat rakyat.
"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi menteri besar di Alor Setar, lapor Bernama.
Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar pada hari yang sama merayu supaya Mukhriz selaku pengerusi Perbadanan Stadium Kedah membenarkan perhimpunan itu setelah ia ditolak pengurusan stadium.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger