Seorang staf ibu pejabat KEADILAN, S Balakumaran berkata, beliau terdengar bunyi letupan dan ternampak kepulan asap keluar dari kotak fius TNB di hadapan sebuah kedai, selang empat premis dari pintu utama pejabat KEADILAN. Beliau memeriksa bersama seorang lelaki Cina yang turun dari pejabat yang berdepan kotak TNB dan bantu padam dengan alat pemadam api mendapati terdapat sebiji telefon, bateri dan mercun bola.
beberapa kereta polis dipercayai dari balai polis Petaling Jaya tiba di tempat kejadian untuk melakukan siasatan.
Juruteknik TNB yang dipanggil memaklumkan bahawa mangga kotak fius TNB telah bertukar, bukan seperti mangga biasa yang digunakan.
Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian dan pihak polis telah menutup kawasan kejadian untuk siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan