skip to main |
skip to sidebar
UMNO OH UMNO
UMNO mendakwa mempunyai 3 juta ahli. Dalam PRU Ke-13, UMNO memperoleh 3,241,286 undi, iaitu sebanyak 29.32% undi popular. Berdasarkan perangkaan itu, UMNO memperoleh 88 kerusi parlimen, bertambah 9 kerusi berbanding PRU Ke-12 pada tahun 2008.
Sekali imbas, jumlah undi yang diterima UMNO itu bersamaan dengan jumlah ahlinya. Oleh sebab itu, ada beberapa kemungkinan yang berlaku dalam corak pengundian terhadap parti itu. Jika kita terima jumlah ahli UMNO yang diuar-uarkan itu bersamaan dengan undi yang UMNO terima dalam PRU Ke-13, kita terpaksa terima hanya ahli UMNO yang menyokong UMNO dalam PRU Ke-13. Memang malang nasib UMNO kerana tidak dipedulikan oleh orang di luar UMNO. Jika kita terima jumlah undi yang diterima UMNO itu diberikan oleh ahli UMNO dan orang di luar UMNO, kita terpaksa terima ada ahli UMNO yang tidak mengundi UMNO. Sungguh malang nasib UMNO kerana tidak dipedulikan oleh ahli-ahlinya sendiri.
Sememangnya UMNO bernasib malang dalam PRU Ke-13. Namun, ketidaksamarataan jumlah pengundi antara satu kawasan dengan kawasan yang lain membolehkan UMNO kembali berkuasa walaupun dengan hanya 47% undi popular. Pengundi-pengundi yang menyokong Pakatan sehingga gabungan itu memperoleh undi popular sebanyak 51% tidak mungkin mengulangi kesilapan dan kekecewaan mereka dalam PRU Ke-14 nanti. Itu sahaja yang diharapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan