Home » » Zahid dicabar sediakan sehari penuh berdebat di Parlimen

Zahid dicabar sediakan sehari penuh berdebat di Parlimen

Written By canang on Isnin, 20 Mei 2013 | 5/20/2013 09:50:00 PTG


Menteri Dalam Negeri baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dicabar mendapatkan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menyediakan satu hari penuh pada minggu pertama sidang Parlimen ke-13 untuk berdebat jika dia tidak gentar dengan usul mengecamnya dan mengumumkan keputusan itu pada akhir mesyuarat pertama Kabinet, Rabu ini.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata beliau tidak jangka akan ada sebarang pengumuman kerana bukan saja Zahid yang takut dengan usul mengecamnya, Najib dan Menteri Kabinet lain juga bimbang dan takut terhadap usul kecaman terhadap Zahid.
“Ini kerana sekiranya terdapat pembahagian dan pengundian penuh akan diambil terhadap usul mengecam Zahid, saya tidak terkejut jika ada beberapa Ahli Parlimen daripada 133 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak akan hadir dan terbabit, sebaliknya menolak seruan Zahid terhadap rakyat Malaysia yang berpuas hati dengan PRU-13 supaya berhijrah ke negara lain.
Ahmad Zahid dalam kenyataannya hari ini bersedia untuk berdepan dengan usul mengecamnya di Parlimen apabila menggesa sesiapa yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya sekarang boleh “pindah ke negara lain”.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, kebanyakan Menteri Kabinet tentu sedang berdoa supaya isu itu akan mati begitu saja dan tidak berlaku usul mengecam Zahid, kerana mereka tahu tidak mungkin dapat menolak kenyataan Zahid sebagai kenyataan peribadi seperti dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
“Najib sendiri ketika taklimat dua jam kepada Kabinet baru selepas upacara mengangkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri pada Khamis lalu, yang “membunuh” cubaan lemah Khairy untuk menjarakkan dirinya daripada kenyataan Zahid dengan mendakwa itu hanya “pandangan peribadi” dan tidak mencerminkan pendirian kerajaan.
“Ini jelas bertentangan dengan arahan Najib kepada Menteri Kabinet baru Khamis lalu, yang mahu mengutamakan kepentingan, kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan dan menetapkan “apa saja disuarakan anggota Kabinet, ia bukan atas nama individu, sebaliknya mewakili kerajaan dan pendirian bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengikut Najib, apa saja yang kita lakukan, ia mesti atas nama kerajaan, bukannya bergerak dalam ruang atau bahagian yang terpisah daripada bahagian lain,
“Dengan kuasa dan hak apa Zahid atau kerajaan Najib menyuruh warga Malaysia, terdiri daripada Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban, yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya sekarang, untuk “pindah ke negara lain”?
“Rakyat Malaysia yang tidak suka dengan sistem pilihan raya sekarang kerana ia tidak adil dan tidak demokratik, apabila Pakatan Rakyat yang memperolehi undi popular 51% dinafikan dan jawatan Perdana Menteri diambil BN dengan undi popular hanya 47%, tentu berhak tidak berasa gembira, tidak puas hati dan marah dan mahu menukar kerajaan. Sekiranya Zahid tidak gembira dengan hal ini, dia boleh “pindah ke negara lain”
“Tekanan akibat mengetahui dirinya melanggar tatasusila menyebabkan Zahid hilang kawalan emosinya menyebabkan dia secara terbuka bertindak seperti kanak-kanak.
“Sebagai contoh, dia menemplak kenyataan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim “Kamu ingat negara ini bapa kamu punya?” dengan membalas balik kenyataan Anwar itu dengan berkata: “Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia,” tambahnya.
Beliau sedih kerana Zahid jatuh serendah itu ke tahap merapu, dan masih lagi dia katakan dia tidak takut dengan usul mengecamnya di Parlimen.-Roketkini.com
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger