Home » » Azean Irdawaty Kritikal

Azean Irdawaty Kritikal

Written By canang on Isnin, 10 Jun 2013 | 6/10/2013 05:30:00 PTG


Anak sulung kepada seniwati Azean Irdawaty, pelakon Benjy memaklumkan keadaan ibunya semakin lemah, sejak dua bula lalu. Menurutnya, pergerakan ibunya semakin terbatas dan hanya berehat di rumah sebelum menunggu pembedahan membuang tumor membuang tumor yang semakin merebak pada selaput perlindungan otaknya.
Benjy juga berkata pembedahan yang akan dijalankan di Hospital Sungai Buloh pada 22 April ini., berisiko tinggi.
Kesihatan ibunya semakin merosot sejak dua bulan lalu, selepas terputus bekalan ubat berikutan kehabisan wang simpanan.
“Beberapa bulan kebelakangan ini mama boleh bergerak hasil pengambilan ubat berkenaan. Walaupun harganya mahal, RM9,000 sebulan, banyak perubahan dapat dilihat, malah mama mula bergerak dan agak cergas berbanding sebelumnya.
"Namun, disebabkan situasi kewangan tidak mengizinkan, kami tidak lagi dapat membeli ubat terbabit. Kesannya, tubuh mama semakin lemah, mudah letih, hilang selera makan, apatah lagi selepas tumor menyerang sebelah kiri otaknya.
"Kesan tumor memberi tekanan pada 
otaknya sehingga dia banyak berdiam diri. Mungkin otak dia tidak dapat menerima maklumat apabila orang bercakap dengannya dan sukar untuk bercakap semula,” kata Benjy.
Tambah Benjy, buat masa ini dia, ayah dan adik beradikya bergilir-gilir menjaga ibunya. Doktor juga menasihatkan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat bagi mengelakkan ibunya terdedah kepada jangkitan penyakit lain.sumber







Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger