Home » » Beri peranan anak muda membina bangsa !

Beri peranan anak muda membina bangsa !

Written By canang on Rabu, 12 Jun 2013 | 6/12/2013 03:00:00 PTG


Beri peranan anak muda membina bangsa !

Sejak PRU13 berakhir, begitu banyak rasa tidak puas hati diluahkan. Ada yang melalui tulisan, di dalam temuramah atau yang lebih popular melalui demonstrasi. 

Kebanyakan yang terlibat dalam demonstrasi itu pula adalah anak muda. Oleh sebab itu banyaklah yang mengkritik anak muda terlampau mengikut emosi dan tidak matang. Dalam pilihanraya kali ini kita lihat partisipasi anak muda sangat tinggi. Mereka bukan sekadar menjadi pengundi malah terlibat juga dalam kempen. Pada hemat kami, ini adalah satu perkara yang sangat positif dan perlu diberi pujian.
Ini menunjukkan bahawa anak muda mahu dilibatkan bersama dalam perancangan dan pelaksanaan polisi negara. Apatah lagi banyak dasar-dasar yang diputuskan memberi kesan langsung dalam kehidupan mereka seperti ekonomi, pendidikan dan kesihatan.
Memang tidak dinafikan ada sesetengah anak muda mungkin meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara tidak betul. Malah ada yang terlalu radikal sehingga membawa kepada penangkapan.
Tindakan ini kami fikir tidaklah membawa keuntungan kepada sesiapa malah menambah rasa tidak percaya kepada pihak berkuasa.
Anak muda akan sentiasa mengikut emosi, tinggal lagi pihak yang lebih berpengalaman perlu memberi ruang kepada mereka untuk menyalurkan tenaga anak muda ini ke jalan yang betul.
Di sinilah peranan NGO-NGO belia untuk membimbing dan memastikan perjuangan anak muda sentiasa mengikut lunas undang-undang dan memberi manfaat kepada masyarakat. Kuasa anak muda yang tidak terkawal hanya menyebabkan kekacauan yang berpanjangan.

Pihak berkuasa juga telah mengumumkan satu perdamaian kebangsaan. Tindakan ini kami fikir akan membawa kepada pengukuhan Bangsa Malaysia. Di sinilah pihak berkuasa perlu memberi anak muda lebih banyak peranan untuk memastikan kejayaan dasar ini.
Tidak tepat sekiranya perbincangan tentang Bangsa Malaysia hanya berkisar di antara generasi lama walhal generasi muda yang akan menentukan bentuk mana yang sesuai untuk dilaksanakan pada masa hadapan.
Pemimpin sekarang baik dari parti pemerintah atau pembangkang perlu memberi kerangka manakala pelaksanaan pula biarlah anak muda yang menentukan.
Dengan memberi peranan yang lebih besar, maka rasa tidak puas hati anak muda kini dapat disalurkan pada perjuangan yang lebih membina.








Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger