Home » » DAP cabar Najib perjelas siapa sebenarnya Nadzri Ibrahim.

DAP cabar Najib perjelas siapa sebenarnya Nadzri Ibrahim.

Written By canang on Khamis, 13 Jun 2013 | 6/13/2013 09:00:00 PG


DAP cabar Najib perjelas siapa sebenarnya Nadzri Ibrahim.

DAP hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada Pegawai Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Nadzri Ibrahim adalah individu sama yang terbabit dalam kes kematian, Teoh Beng Hock, dalam tahanan.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, dalam kenyataan bersama membuat gesaan itu berikutan EAIC adalah badan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri dan pengumuman Nadzri sebagai antara petugas untuk menyiasat isu kematian tahanan dalam lokap polis, termasuk N Dharmendran.

Mereka berkata, DAP mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Nadzri adalah bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terbabit dalam kes kematian Beng Hock.

“Mengikut laporan berita, Nadzri adalah pegawai yang merakam keterangan Beng Hock pada malam kematiannya.

“Malah, Majlis Peguam juga pernah menyarankan tindakan siasatan lanjut diambil terhadap beberapa pegawai SPRM yang terbabit termasuk Nadzri, atas tuduhan konspirasi jenayah, bersubahat serta mengusik bukti kes,” ujarnya.

Menurut mereka, berdasarkan laman web EAIC, Nadzri Ibrahim sebagai satu-satunya pegawai penyiasat dalam direktori EAIC (http://www.eaic.gov.my/index.php/tutorials-mainmenu-48/bs).

Malah menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, Nor Afizah Hanum Mokhtar, pegawai penyiasat EAIC diwarisi daripada SPRM dan pencarian dalam direktori SPRM menunjukkan Nadzri sudah tidak lagi tersenarai.

“Maka, kemungkinan besar pegawai penyiasat tunggal EAIC, Nadzri merupakan pegawai SPRM sama yang menyoal siasat Teoh sebelum kematiannya.

“Jika ini adalah benar, bermakna seorang pegawai yang pernah terbabit dalam kes kematian dalam tahanan kini ditugaskan untuk menyiasat kes kematian dalam tahanan yang lain. Integriti EAIC sekali lagi menjadi pertikaian,” katanya.

Terdahulu, EAIC dilaporkan menubuhkan pasukan petugas untuk menjalankan kajian semula mengenai Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) agensi penguatkuasaan akibat peningkatan kematian dalam tahanan.

Pasukan petugas EAIC yang ditubuhkan untuk menyiasat kematian dalam tahanan, merangkumi enam pegawai EAIC termasuk Nadzri.

Sehingga kini, sudah berlaku sembilan kes kematian dalam tahanan, dengan empat kes dalam tempoh dua minggu lalu.
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Patut keluarkan gambar nadri ibrahim itu dan sedikit sebanyak latar belakannya

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger