Khamis, 20 Jun 2013

Jeng jeng jeng.. Anwar sudah marah...



Jeng jeng jeng.. Anwar sudah marah...

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin supaya tidak bersikap seperti pemimpin Umno bahagian untuk cuba menyekat perhimpunan Black 505 Sabtu ini.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan perhimpunan itu adalah satu himpunan aman dan polis tidak sepatutnya membuat sekatan atau amaran.

"Majoriti rakyat mengharapkan senario berubah. Perhimpunan kita aman. Saya kesal tindakan diambil terhadap penganjur. Sebelum ini tiada gangguan majlis cuma masalah teknikal.

"Kami tak ada konfrantasi, cuma timbalan ketua polis negara boleh beri pandangan tapi jangan bagi amaran atau ugut macam ketua bahagian Umno. Kita setuju kalau nak ada perbincangan," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya. -http://bit.ly/19Q3gV0







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.