Home » » LIM GUAN ENG BUAT HAL LAGI!!!

LIM GUAN ENG BUAT HAL LAGI!!!

Written By canang on Isnin, 3 Jun 2013 | 6/03/2013 11:32:00 PTG


Suri rumah di Pulau Pinang dapat RM100 mulai 2014

PERMATANG PAUH 3 JUN: Suri rumah di Pulau Pinang akan menerima RM100 seorang mulai 2014 hasil sumbangan kerajaan negeri.
Ketua Menteri, Lim Guang Eng berkata, program ‘Ibu Emas’ itu diberikan tanpa mengira fahaman dan ideologi politik.
“Walaupun suri rumah tersebut adalah penyokong Umno atau BN, mereka dialu-alukan untuk mendaftar bagi mendapatkan pemberian wang tersebut selagi mereka adalah suri rumah yang tidak bekerja,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis menaik taraf Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh, semalam.
Hadir sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubok, Lee Khai Loon.
Guan Eng berkata, kerajaan negeri juga menyediakan pemeriksaan memogram percuma kepada semua wanita yang tinggal di Pulau Pinang.
“Pemeriksaan memogram percuma ini juga tidak mengambil kira fahaman dan ideologi politik wanita-wanita tersebut,” katanya sambil menegaskan, Pulau Pinang tidak mengamalkan prejudis seperti amalan pemimpin BN Terengganu dalam memberikan kemudahan perumahan kepada rakyat.
Katanya, menjadi tanggungjawab mana-mana pihak yang menjadi kerajaan samada di peringkat negeri mahupun Pusat untuk membela semua golongan miskin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52990


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger