Home » » Mengapa Najib mesti singkir Pengerusi dan Timbalan SPR? Written by Dr Dzulkefly Ahmad

Mengapa Najib mesti singkir Pengerusi dan Timbalan SPR? Written by Dr Dzulkefly Ahmad

Written By canang on Rabu, 5 Jun 2013 | 6/05/2013 09:00:00 PG



Mengapa Najib mesti singkir Pengerusi dan Timbalan SPR?
Written by Dr Dzulkefly Ahmad

Pilihanraya bukanlah segaga-galanya dari erti demokrasi. Sesungguhnya demokrasi mempunyai pelbagai juzuk penting selain pilihanraya. Namun pilihanraya berkala yang adil, bebas dan bersih adalah sangat mustahak bagi rakyat selaku pengundi, mengangkat atau menurunkan sesebuah kerajaan.

Pilihanraya yang adil, bebas dan bersih juga adalah penentu kepada keabsahan sekaligus memberi legitimasi kepada kerajaan yang memenangi sesuatu pilihanraya umum (PRU). Dengan kata lain ditakuti, andainya pilihanraya itu tidak adil, tidak bebas dan tidak bersih, sebaliknya sarat dengan kepincangan serta penipuan, maka keabsahan (atau kehalalan) kerajaan yang di’pilih’ tidak dapat dijamin. Kerajaan terpilih akan berdepan dengan status ‘tak sah taraf’ macam anak luar nikah juga.

PRU ke-13 yang dilalui baru-baru ini malangnya telah pun menjadi semacam yang ditakuti ini!

Sejurus selepas debu perang mendap dan euporia kemenangan mula berlalu, Perdana Menteri DS Najib tampaknya faham benar implikasi yang parah ini lantas bergegas bertindak mengelakkan krisis legitimasi ini.

Mentelahan kini hampir semua rakyat tahu, bahawa kerajaan Najib hanya disokong oleh minoriti rakyat seluruh Persekutuan Malaysia yakni hanya 47% sahaja, meskipun beliau mempunyai 60% kerusi di Dewan Rakyat.

Justeru kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah ‘Constitutional Guardian’ atau ‘Penjaga Amanah berperlembagaan’ kepada segala tata-kelola serta tadbir-urus pilihanraya, maka SPR adalah bertanggungjawab sepenuhnya penjalanan sesebuah pilihanraya.

Terkini bukan sahaja pelbagai petisyen dimajukan oleh calon-calon Pakatan Rakyat, bahkan lebih dari 50 petisyen telah dihadapkan ke mahkamah dalam pelbagai dakwaan salahlaku oleh pihak Barisan Nasional sendiri. Petisyen terbanyak dalam sejarah Negara. Amat malang!

Apakah Najib benar-benar bersedia untuk mengambil tindakan ke atas pasukan SPR kali ini? PM Najib tampaknya tidak punya pilihan kalau mahu selamatkan kerajaan ‘minoriti’nya yang sangat mahukan ‘Reconciliation’ atau ringkas maksudnya ‘Genjatan bagi menumpukan kebangunan semula negara’.

Pihak Pakatan Rakyat pastinya akan tolak ‘agenda’ Najib ini, andainya syarat utama yakni penambahbaikan sistem pilihanraya tidak dijamin Najib terlebih dahulu. Bagaimana untuk disusun-atur dalam satu ‘construct’ baru SPR boleh difikirkan bersama secara ‘bi-partisan’ dalam perbahasan di parlimen.

Yang pentingnya Pengerusi dan Timbalannya mesti di’pecat’ dan disingkirkan dahulu! Sebabnya?

Mereka telah ternyata GAGAL melaksanakan dan menjaminkan sebuah PRU yang ADIL, BEBAS dan BERSIH. Tanpa membazir wang pembayar cukai untuk mengadili mereka atau ditribunalkan, cukup dengan rakyat dan pengundi mempertikaikan satu persoalan sahaja di sini yakni tuntutan ‘Capaian Media secara ‘Adil’.

Sebuah pilihanraya yang ‘Adil’, antara terpentingnya, memerlukan parti-parti yang bertanding mendapat ‘capaian atau akses kepada media’ yakni media arus-perdana yang dibiayai oleh pembayar cukai. Pilihanraya adalah proses rakyat selaku pengundi membuat keputusan berdasarkan maklumat. SPR wajar mempastikan maklumat tidak dikekang dan dikongkong.

Ini ditegaskan dalam tuntutan Bersih 2.0. Paling mutakhir sebelum pembubaran parlimen Pengerusi SPR telah menjamin bahawa beliau telah pun berbincang dan mendapatkan Menteri Penerangan memberi laluan ‘air-time’ yang ‘adil’ (tidak minta sama pun) kepada part-parti bertanding dan laporan yang ‘balanced’ atau berimbang (3 Mac, 2013, The Edge).

Pengerusi SPR mesti dipertanggungjawabkan tentang kegagalan ini. Kepincangan dalam memberi parti-parti bertanding dalam sesuatu pilihanraya dikategorikan sebagai amalan sebuah demokrasi ‘pilihanraya autokrasi-kukubesi’ atau ‘electoral authoritarianism’ oleh disiplin ilmu Sains Politik contohnya oleh Professor Andreas Schedler. Sifat-sifat negara itu adalah seperti berikut:

“..privileged ruling parties oppress the opposition, elections are unfair, the judiciary is biased and citizens lack freedom of assembly, speech and access to the press”. Malang Malaysia masih digolong dalam kelompok ini seperti juga Singapura, Kemboja, Vietnam dan Myannmar. Indonesia tidak lagi tersenarai dalam ketegori ini.

Satu laporan kajian kerjasama (21 April, 2013) yang dibuat oleh University Nottingham dan Centre for Independent Journalism (CIJ) dalam projek “Watching the Watchdog” tentang hal trend media dan pola pelaporan seluruh media di antara pembubaran parlimen dan hari penamaan calon, merumuskan perkara berikut. “Rakyat Malaysia (pengundi) adalah ternafi dari mendapat maklumat tentang parti-parti yang bertanding secara adil dan objektif dalam media perdana. Sementara media on-line portals membuat liputan hampir sama untuk kedua-dua koalisi kerajaan (BN) dan pembagkang (PR)”.

Cukup ciri ini sahaja untuk melayakkan pentadbir SPR digantung untuk disingkirkan dalam waktu sesegera mungkin bagi memberi laluan penubuhan sebuah Suruhanjaya Pilihanraya Baru sesuai dengan semangat Rekonsialiasi Najib.

Tentunya ramai masih lagi tidak berpuas hati selagi tidak dihukum Pengerusi dan Timbalan SPR atas pelbagai kepincangan penjalanan pilihanraya. Isu dakwat kekal yang tidak kekal, dakwaan tentang pemberi kerakyatan kepada warga asing yang belum layak tetapi menjadi pengundi, daftar pemilih yang belum BERSIH termasuk nama pengundi-pengundi akibat Projek IC Sabah yang sedang dalam siatan RCI, kaedah berkempen yang paling kotor mengheret pertentangan kaum dan agama serta penggunaan keganasan sekaligus tidak memenuhi kriteria pilihanraya yang BEBAS- dari intimidasi termasuk takut-takutkan pengundi dengan rusuhan ala 13 Mei dan Negara kristian dan pelbagai yang lain.

Yang jelas dan muktamadnya, Pengerusi dan Timbalan SPR mesti meletakkan jawatan segera kalau tidak mahu dipecat oleh PM Najib ataukah mahu sahaja disingkir melalui sebuah Referendum atau Tribunal Rakyat!

Penulis adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas Pusat.

Malaysia Chronicle.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger