"Melindungi orang-orang dari kejahatan tentera pembunuh memberikan kepuasan tersendiri," kata Abu Fidaa, seorang Muslim dari Belanda yang bergabung dengan mujahidin di Syria dalam sebuah e-mail kepada akhbar Volkskrant yang dilaporkan oleh Berita Belanda pada hari Ahad (16/6/2013 ).
"Muslim di barat yang tidak berdaya memerlukan bantuan psikiatri, bukan kita."
"Jihad di Syria mempunyai kesan terapi."
Dalam siri e-mel yang dihantar antara 26 Mei dan 12 Jun, Abu Fidaa berkata dia berperang melawan rejim Assad di Syria bersama 100 hingga 150 Muslim Belanda.
"Kami tersebar di beberapa lokasi dengan saudara dari negara lain untuk memudahkan integrasi," tulisnya.
"Saudara-saudara yang lain datang dari Belgium, Jerman, Kanada dan Rusia."
Menyangkal laporan tentang pejuangan mereka itu dibayar, Abu Fidaa menerangkan bahawa para pejuang membayar perjalanan mereka sendiri untuk datang ke Syria.
"Kos tiket penerbangan, hotel, dan teksi untuk sampai kesini hanya sekitar dua ratus euro dan kos hidup di sini sangat murah, "tulisnya.
"Kami mendapatkan sejumlah bayaran bulanan yang baik dan jika anda terlibat dalam pertempuran di lapangan, anda biasanya mendapatkan bahagian dari harta rampasan."
Para jihad Belanda juga menolak dakwaan bahawa para pemuda yang direkrut itu merasa terpaksa dan bertindak di luar kehendak mereka.
"Apa gunanya lelaki-lelaki muda jika tidak mahu berperang?" Tanyanya.
Lebih dari 93.000 orang telah terbunuh dalam dua tahun pertempuran antara rejim Assad dan mujahidin di Syria.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan