Home » » Perkasa hanya pengampu sahaja - Anwar

Perkasa hanya pengampu sahaja - Anwar

Written By canang on Rabu, 12 Jun 2013 | 6/12/2013 04:48:00 PTG


Perkasa hanya pengampu sahaja - Anwar 

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Pergerakan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan Pemuda Umno hanya pengampu sahaja tetapi tidak berani bersuara apabila suara mereka diperlukan.

"Puak-puak ni semuanya penipu saja bila bercakap tentang bangsa, yang jelasnya nereka ni hanya pegampu," katanya kepada sekitar 7000 orang ramai yang hadir ke program Himpuan Black 505 peringkat negeri Perlis yang diadakan di dataran kompleks perniagaan Kampung Bakau dekat sini.

Beliau mengulas tindakan mereka yang senyap sepi walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik wakil Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Waythamoorthy sebagai salah seorang timbalan menteri di jabatan Perdana Menteri.

"Waythamoorthy ni perlembagaan negarapun dia bantah, tapi Najib angkat dia menjadi (timbalan) menteri, ada suara pemuda Umno atau Perkasa membantah?" tanya Anwar.

Bagi Anwar, sekiranya orang Melayu mempunyai kumpulan pelampau bernama Perkasa, orang India pula ada pejuang bangsa mereka iaitu Hindraf.









Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger