Pada 16 Januari 2006, lebih kurang 10 malam, apabila Amir Bazli Abdullah sedang mengisi petrol ke dalam keretanya di Stesen Petrol sebelah UNITEN, Bangi, gangster gangster upahan Zahid Hamidi telah mengugut dan membawanya dengan paksaan ke sebuah kelab rekreasi di kawasan kediaman Country Heights, Kajang. Apabila sampai je Amir Bazli Abdullah telah melihat Zahid Hamidi bersama suami anaknya, Hisham dan seorang anaknya yang dikenali sebagai KK di sana. Bersama-sama mereka juga terdapat beberapa orang yang merupakan gangster gangster upahan Zahid Hamidi. Zahid Hamidi telah menumbuk dengan kuat di mukanya menyebabkan tulang hidungnya patah tanpa berikan apa apa signal, terus je bagi sebijik. Akibat daripada tumbukan sulung daripada Zahid Hamidi, mata kiri Amir Bazli Abdullah telah menjadi bengkak sehingga beliau tidak lagi dapat membuka mata kirinya. Setelah menerima tumbukan pertama, gangster gangster upahan bersama Zahid Hamidi memulakan acara memukul secara bergilir gilir sampai lunyai beb.. Yang lagi best, Zahid Hamidi telah mengugut untuk membunuh Amir Bazli Abdullah berulang kali dengan mengatakan “kau akan ditanam” . Seorang dari gangster upahan yg bernama Hisham juga telah mengugut untuk membunuh apabila berkata “aku dah ingatkan kau, aku sanggup mandi darah dengan kau”. Selepas puas membelasah mamat tu, Zahid Hamidi dan balaci balacinya telah mengurung Amir Bazli Abdullah di kediaman Zahid Hamidi yang terletak beralamat di 389, Jalan Bayu Nyaman, Country Height, 43000 Kajang, Selangor sehingga jam 2 pagi hari berikutannya iaitu 17.1.2006.
http://www.erapasca.com/2012/
PASTI POWER:PRODUK KOPI TERHANGAT DIPASARAN..STRONG MAN COFFEE.TERBUKTI BERKESAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.