Home » » Tiada alasan untuk saya letak jawatan: Wan Ahmad

Tiada alasan untuk saya letak jawatan: Wan Ahmad

Written By canang on Sabtu, 8 Jun 2013 | 6/08/2013 09:35:00 PTG


KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata beliau tidak mempunyai sebarang alasan untuk meletak jawatan sepertimana yang digesa pakatan pembangkang.

Ini kerana katanya sistem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu telah tercapai objektif utamanya.

"Mereka tidak boleh dengan senang wenang minta orang letak jawatan hanya kerana proses pilihan raya tidak berjalan dengan lancar.

"Kita buat pilihan raya ini adalah mencapai objektifnya, (iaitu) untuk rakyat dapat mengundi, rakyat memilih wakil rakyat dan rakyat memilih kerajaan.

"Objektif sekarang sudah tercapai, rakyat boleh mengundi…tiada siapa yang tidak boleh mengundi. (Yang terjadi) Hanya kerana orang parti yang sekat mereka, nampak muka macam Bangladesh, dia ditahan. Tapi semua orang boleh mengundi, semua orang boleh jadi calon. SPR tidak sekat dan semua orang sudah mendapat wakil rakyat mereka. Semua orang sudah tahu kerajaan, kerajaan Pulau Pinang siapa, kerajaan persekutuan siapa, ini ialah objektif utama pilihanraya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Majlis Peguam, di sini hari ini.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendesak Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad meletak jawatan kerana didakwa tidak melaksanakan proses pilihan raya dengan telus.

Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata aduan yang dikemukakan oleh pihak pembangkang hanyalah berhubung dengan kesilapan teknikal dalam proses pilihan raya.

Katanya SPR sentiasa memnambahbaik dan cuba untuk memenuhi tuntutan yang dicadangkan oleh pihak pembangkang bagi membuktikan pilihan raya negara ini berjalan lancar dan telus.

Tambah beliau lagi, pembangkang tidak patut menjadikan SPR sebagai kambing hitam yang menjadikan punca Pakatan Rakyat gagal mendapat majoriti dua pertiga untuk memerintah kerajaan persekutuan.

"Saya rasa ini tidak adil untuk mereka membuat kesimpulan kerana dakwat di jari mereka mudah dibasuh dan sebagainya, dan meminta kami meletak jawatan.

"Mereka juga minta kami adakan pilihan raya semula, Artikel 118 telah nyatakan dengan jelas, jika mahu menentang keputusan, failkan petisyen pilihan raya. kumpul bukti, dapatkan peguam terbaik dan cabar keputusan di mahkhamah. Mahkamah pilihanraya akan membuat keputusan berdasarkan bukti dan laksanakan  proses seterusnya,. inilah undang-undang," tegasnya.

PRU13 lalu menyaksikan Barisan Nasional (BN) kembali mendapat mandat memerintah memerintah kerajaan persekutuan apabila berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga.

BN memperoleh 133 kerusi Parlimen dan Pakatan Rakyat hanya mendapat 89 kerusi.








Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger