Tindakan mahu memulaukan sidang Parlimen yang akan bermula 24 Jun depan disifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai mengkhianati rakyat.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seeloknya ahli Parlimen yang diberi kepercayaan menggunakan masa tersebut untuk berhujah demi kepentingan rakyat.
Tambahnya, secara rasional perkara tersebut tidak perlu berlaku walaupun tujuan utama mereka untuk menuntut SPR meletak jawatan.
"Ini masa untuk mereka nak berhujah. "Ya, seperti mereka mengkhianati rakyat, mengapa pula mereka tak nak pergi, nama pun wakil rakyat," katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian Online.
Laporan sebelum ini menyebut ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak mahu memboikot sidang Dewan Rakyat kali ini ekoran tidak berpuas hati dengan beberapa perkara termasuk keputusan PRU13.
Naib Presiden PKR, Tian Chua antara yang dipetik berkata, "kami hanya menuntut seluruh ahli dalam SPR meletak jawatan, tetapi perkara itu tidak ditunaikan.
"Sebaliknya kerajaan beri input lain dengan mahu membuat jawatankuasa khas (PSC) dan sebagainya," katanya.
1 ulasan:
lagi banyak kau cakap lagi bahlol kau ajis...ptui!!!!
Catat Ulasan