Naib Murshidul Am kepada Jamaah Ikhwan Al-Muslimin, Dr. Rashad Bayumi berkata, pertembungan yang berlaku sekarang di Mesir adalah antara Islam dengan sekular. Berikutan itu, Amerika dengan segenap kekuatannya turut terlibat dalam konspirasi ke atas Presiden Mesir, Dr. Muhammad Mursi.
Dr. Bayumi menegaskan kepada akhbar AS-SHOROUK bahawa Ikhwan Muslimin membantah sekeras-kerasnya tuntutan yang mendesak supaya diadakan pilihanraya presiden terlebih awal. Jelas beliau, jika tentera memihak kepada tuntutan ini, maka semua yang dikatakan akan menjadi tragedi dan kami harap agar dielakkan Mesir dari sebarang sebab yang mengakibatkan pertumpahan darah.
Dr. Bayumi menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Mesir pada hari Ahad minggu lepas sebagai positif.
Tambahan lagi, kata beliau, satu-satunya jalan untuk menyelesaikan konflik yang berlaku sekarang, kesemua pihak mesti duduk bersama-sama di meja perbincangan bagi meleraikan perselisihan yang terjadi.
Memetik kenyataan dari Barisan Penyelamat Tanahair (جبهة الانقاذ الوطني) sebaik sahaja selesai perjumpaan tergempar di pejabat Free Egyptians Party (حزب المصريين الأحرار) berhubung ucapan Presiden Mursi, kata mereka, ucapan Presiden tidak memberikan apa-apa hasil. Walaubagaimanapun, Barisan Penyelamat Tanahair tetap nekad menyeru diadakan pilihanraya Presiden terlebih awal demi mencapai matlamat revolusi, terutamanya keadilan sosial.
Sumber:
30/06/2013, web berita Paltimes dan 28/06/2013, suratkhabar Al-Ahram Al-Masaie
Tiada ulasan:
Catat Ulasan