Home » » BERSIH 4.0, tak kira dengan atau tanpa Ambiga

BERSIH 4.0, tak kira dengan atau tanpa Ambiga

Written By canang on Selasa, 16 Julai 2013 | 7/16/2013 09:43:00 PTG

BERSIH 4.0 mungkin dianjurkan bagi memastikan daftar pemilih dibersihkan, tidak kira sama ada pengerusi bersamanya Datuk S Ambiga mengetuai kumpulan pendesak itu atau pun tidak, kata kumpulan pendesak reformasi sistem pilihan raya itu.

Ambiga memberitahu pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa perkara itu penting supaya rakyat Malaysia tidak lagi berhadapan daftar meragukan untuk dua pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara itu mesti dilakukan sebelum persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat dan BERSIH akan menjelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan tuntutan mereka itu.

"Saya tahu, timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini berkata, pembersihan daftar pemilih sudah bermula, selari dengan proses persempadanan semula.

"Bagaimanapun, perkara ini tidak cukup kerana perbersihan dibuat apabila seseorang menunjukkan kesalahannnya.

"Kami mahu pembersihan mendalam daftar pemilih yang juga melibnatkan penyertaan masyarakat sivil dan kumpulan antarabangsa seperti Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya












Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger