Selasa, 9 Julai 2013

HANGAT: Kuala Besut bertambah SERABUT [Ini sebabnya...]

HANGAT: Kuala Besut bertambah SERABUT [Ini sebabnya...]

SPR buat PRK Kuala Besut bertambah kusut..!!

Apa tak kusut , Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut akan dikendalikan oleh Penipu-penipu terdiri dari Pengerusi SPR, Timbalan SPR dan S/U SPR. Mereka terang-terang beri 'iklan' dalam media Kerajaan bahawa rakyat perlu percaya bahawa dakwat kekal yang digunakan semasa PRU13 adalah dakwat kekal sepertimana negara luar yang sudah lama menggunakannya. Bukti penipuan mereka(SPR) akhirnya disahkan oleh Menteri BN sendiri iaitu YB Sahidan Kasim yang menjelaskan bahawa dakwat yang digunakan semasa PRU13 hanya dakwat pewarna makanan.

Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menggesa SPR menghentikan sandiwara dakwat kekal untuk menutup kelemahan badan itu, kata ahli jawatankuasa pemandu, Dr Wong Chin Huat.

“Jangan beralasan. Mahu tukar pembekal jadi sandiwara murahan untuk menutup kelemahan SPR dalam pilihanraya yang lepas.

“Ganti pengerusi lain. Bukan ganti pembekal dakwat kekal,” katanya kepada Suara Keadilan Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang merancang membeli dakwat kekal dari pembekal baru untuk digunakan dalam PRK DUN Kuala Besut."

“Dalam keadaan sekarang kepercayaan rakyat terhadap SPR tercalar. Apa yang rakyat mahu dengar ialah pengerusi SPR itu sendiri letak jawatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Chin Huat turut menggesa SPR memanggil parti politk dan pemerhati bebas bagi memantau penggunaan dakwat kekal.

“SPR perlu telus. Badan-badan pemerhati bebas perlu dijemput bagi menilai sendiri penggunaan dakwat kekal ini.

Shalehudin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.