Selasa, 9 Julai 2013

Pasukan peguam pantau politik wang di Kuala Besut

Aslani M, 09 Jul 2013

BESUT: PAS tidak menolak kemungkinan pelbagai bantuan termasuk ala Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) muncul di Besut menjelang 24 Julai ini.



Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (gambar) berkata, Umno dan BN hanya bergantung harap kepada umpan kebendaan bagi mengekalkan pengaruh mereka di Kuala Besut.



“Oleh itu bagi menghadapi kemungkinan itu, PAS Besut menyediakan pasukan peguam untuk memantau politik wang.



“Pasukan peguam daripada Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS akan memantau dan mengambil tindakan lanjut setiap kes ditemui,” katanya ditemui di sini baru-baru ini.



Menurutnya juga jentera kempen PAS dengan dibantu rakan-rakan Pakatan Rakyat memberi tumpuan khusus peti undi Seberang Darat, Tok Saboh dan Seberang Darat Luar.



Ini kerana kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti besar pada PRU ke-13.



Biar apa pun strategi, namun ramai melihat potensi calon menjadi senjata akhir. Umpan kebendaan, wang ringgi dan isu tidak akan ke mana sekiranya calon tidak berkenan di hati pengundi.



BN mempertaruhkan nasib bagi mempertahankan kerajaan “simple majority” dengan menampilkan calon muka baru, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.



Pemilihan Zaihan yang disifatkan orang Idris, sekaligus menegepikan Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zuhaiza Ismail dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun, Zahanapi Sagaf.



Penyelidik Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Muhamad Zainal Abidin Hussin berkata, calon yang diumumkan BN hari ini seakan-akan memberi gambaran kelabu kepada BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.