Home » » Keadilan untuk Chee Gaik Yap! Kami menggesa semua Rakyat Malaysia untuk menyahut seruan kami dalam kempen “Laporan Polis Seluruh Negara,

Keadilan untuk Chee Gaik Yap! Kami menggesa semua Rakyat Malaysia untuk menyahut seruan kami dalam kempen “Laporan Polis Seluruh Negara,

Written By canang on Isnin, 1 Julai 2013 | 7/01/2013 12:28:00 PG


Keadilan untuk Chee Gaik Yap! Kami menggesa semua Rakyat Malaysia untuk menyahut seruan kami dalam kempen “Laporan Polis Seluruh Negara, Keadilan Untuk Chee Gaik Yap.” Kami menuntut pihak polis untuk menyiasat semula tuduhan rogol terhadap suspek. Anda boleh membuat laporan polis di mana-mana balai polis di Malaysia pada bila-bila masa tanpa sebarang tarikh akhir.

Bagaimana membuat laporan polis
1. Cetak dua salinan Format Laporan Polis di bawah dan serahkan kepada pegawai polis.
2. Polis akan menaip laporan itu ke dalam komputer dan mengambil butiran anda seperti nombor kad pengenalan, alamat dan telefon.
3. Meminta pihak polis untuk mencetak satu salinan laporan polis untuk anda.
4. E-mel salinan laporan polis kepada reportcheegaikyap@gmail.com

Format Laporan Polis:

Pada 26/06/2013 saya  telah memperolehi satu laporan akhbar mengenai kes Shahril Jaafar didakwa membunuh Chee Gaik Yap. Menurut laporan tersebut, keputusan kehakiman ada menyatakan air mani Shahril Jaafar dan orang ketiga terdapat di dalam kemaluan Chee Gaik Yap.


Saya hendak Polis Diraja Malaysia
(a) Menyiasat adakah Chee Gaik Yap dirogol oleh suspek Shahril Jaafar.
(b) Menyiasat siapakah orang ketiga di mana air maninya juga dijumpai di dalam kemaluan Chee Gaik Yap.
(c) Menyiasat adakah Chee Gaik Yap diseksa ataupun dicederakan oleh suspek Shahril Jaafar dan sekumpulan orang sampai mati.
(d) Mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera.

Sekian Laporan Saya.



Disinilah anak gadis bernama Chee Gaik Yap diculik,kemudian dirogoldan dibunuh pada tahun 2006..
Di Malaysia,siapa yang kaya dan berpengaruh,boleh membeli mahkamah!!
ini soal kemanusian tolak tepi darjat n nama.. salah tetap slah.!!



SUMBER


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger