Ketika di sana sini kecoh tentang harga ayam yang melambung tinggi di pasaran, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan pengguna mendapatkan bekalan ayam mentah di pasar-pasar tani yang berhampiran.
Ismail Sabri menerusi laman mikro Twitter miliknya berkata, ayam mentah boleh dibeli dengan harga yang lebih rendah di pasar tani iaitu RM7.80 sekilogram berbanding RM8.50 sekilogram di pasar biasa.
“... jadi datanglah beramai-ramai ke pasar tani. Sokong pasar tani,” katanya, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan harga ayam naik mendadak di pasaran sehingga RM9 sekilogram sejak dua minggu lalu.
Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau dakwaan harga ayam naik mendadak tanpa sebarang bukti kukuh.
Menterinya Datuk Hasan Malek berkata, harga maksimum ayam bagi peringkat ladang, borong dan runcit ditentukan dan diisytiharkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan ia dikuatkuasakan di seluruh negara.
1 ulasan:
Aku beli kat pasar malam/tani pun RM9.00 menteri mangkuk oooiiii!
Catat Ulasan