Home » » PRK Kuala Besut penentu hala tuju k’jaan Terengganu

PRK Kuala Besut penentu hala tuju k’jaan Terengganu

Written By canang on Ahad, 14 Julai 2013 | 7/14/2013 12:00:00 PTG


Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN Kuala Besut adalah yang terpenting dalam sejarah Terengganu, kata ahli parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Katanya, pengundi DUN Kuala Besut mampu meletakkan kedudukan Dewan Undangan Negeri dalam keadaan 16 : 16 antara BN dengan Pakatan Rakyat.

“Sebab itu PRK Kuala Besut sangat penting. Bukan hanya kepada pengundi Kuala Besut, tetapi untuk seluruh rakyat Terengganu.

“Kemenangan akan membawa perubahan di seluruh negeri ini,” kata Siti Zailah dalam ceramah kelompok di UPU Kampung Pantai, Kuala Besut malam tadi.siti_zailah

Jelasnya, meskipun Pakatan Rakyat tidak memenangi negeri ini dalam pilihan raya umum ke-13, namun kali ini pengundi Kuala Besut seolah diberi ‘tanggungjawab’ untuk membuat keputusan bagi seluruh rakyat Terengganu.

Beliau mengingatkan hadirin betapa banyaknya kejadian bangunan runtuh di negeri ini, bukti pentadbiran yang tidak telus, boros dan rasuah.

“Adakah kita hendak benarkan parti yang meluluskan projek-projek ini terus memerintah? Kenapa tak sampai setahun dibiina, bangunan runtuh?

“Kontraktor mana yang dipilih oleh kerajaan yang mentadbir?

“Bagaimana perkara ini boleh berlaku, sedangkan wang digunakan adalah miik rakyat!, kata Siti Zailah dengan nada tegas.

Justeru, beliau mengingatkan pengundi Kuala Besut untuk membuat keputusan dengan cermat, rasional dan menjadikan pelbagai laporan salah urus negeri yang ditabir BN Terengganu sebagai pengajaran.

“PRK Kuala Besut adalah masa depan tuan-tuan. Kita tak mahu pemimpin hari ini hanya dipilih untuk mengaut kekayaan bagi kroni dan keluarga mereka

“Jangan lagi kita diperbodohkan. Sebagai rakyat, kita mempunyai hak dan tanggungjawab

“Pengundi DUN Kuala Besut mampu lakukan perubahan,” kata Siti Zailah disambut laungan takbir hadirin.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger