Oleh Hee Loy SianPengerusi NGO Pemantau Polis, Malaysian Crime Watch Task Force ( MyWatch) R. Sri Sanjeevan yang dalam proses mendedahkan kegiatan segelintir polis yang terlibat dalam sindiket dadah besar-besaran di negara ini menerima pelbagai ugutan bunuh yang berakhir dengan dirinya cedera parah akibat ditembak Sabtu lepas oleh dua orang yang tidak dikenali semasa beliau memandu kereta.
Sekiranya benar dakwaan Sanjeevan tersebut, adakah pihak polis akan menyiasat kes ini, lebih-lebih lagi jika kes ini melibatkan pegawai-pegawai polis berpangkat tinggi seperti dalam dakwaannya?
Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 14 Mac 2011, terdapat seramai 251 orang pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam kes rasuah sepanjang tahun 2010 sehingga bulan Februari 2011. Daripada jumlah tersebut, seramai 78 orang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasiah Malaysia (SPRM) di mana dua orang (pada tahun tersebut) dibicarakan di mahakamah manakala baki seramai 68 masih dalam siasatan lanjut sebelum didakwa di mahkamah. Menurut kenyataan yang sama, SPRM juga telah merujuk seramai 103 orang pegawai dan anggota polis disyaki terlibat dalam kes rasuah untuk diambil tindakan tatatertib oleh PDRM.
Perangkaan yang dinyatakan tersebut hanyalah untuk tempoh yang singkat dan direkod. Ini tidak termasuk kes-kes terdahulu dan selepas Februari 2011 juga kes-kes yang tidak direkod. Ini menunjukkan pihak polis secara puratanya bergelumang dengan kegiatan rasuah.
Kes ini adalah antara kes yang dipercayai berlaku setiap hari di seluruh negara di mana pihak polis tidak akan / mampu menyiasat jenayah mereka sendiri dan rakyat mahukan IPCMC yang bebas untuk
menyiasat salalaku yang dilakukan oleh pihak polis.
Sekiranya benar dakwaan MyWatch mengenai keterlibatan polis dan sindiket jenayah di negara ini, maka sebuah suruhanjaya bebas perlu dibentuk dan menyiasat perkara ini dengan segera.
Justeru, saya menggesa sekali lagi agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan dan Penambahbaikan Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya diRaja Polis yang diketuai oleh Bekas Hakim, Tun Dzaiddin dan Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar yang sepatutnya ditubuhkan pada Mei 2006.
Hee Loy Sian ia lah Ahli Parlimen PJ Selatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan