Home » » Masih Selamat: Ahli perniagaan pula mati ditembak di Sabah

Masih Selamat: Ahli perniagaan pula mati ditembak di Sabah

Written By canang on Isnin, 5 Ogos 2013 | 8/05/2013 09:00:00 PG

KOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan dari Kuching, Sarawak dilaporkan maut selepas ditembak di kawasan letak kereta di hadapan sebuah restoran di Beverly Hills, Penampang, malam tadi. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata mangsa yang dikenali sebagai Teong Choon Kwong, 44, seorang pengusaha pusat peranginan Dinawan (di Sabah) terkena satu das tembakan di bahagian rusuk kanannya. 

Dalam kejadian 10.30 malam itu, mangsa yang baharu keluar dari restoran berkenaan dikatakan sedang bertelefon apabila sebuah kenderaan kecil berwarna putih merapati kawasan letak kereta itu dan melepaskan tembakan menggunakan 'shotgun' dari jarak dekat.


"Mangsa meninggal dunia pada tengah malam ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth dekat sini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini. 

Hamza berkata, suspek yang terlibat dalam kes itu dipercayai lebih daripada dua orang. 

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat kepada pihak polis. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA







Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger