Home » » Pemuda Umno lapor polis isu 'sandiwara jenayah

Pemuda Umno lapor polis isu 'sandiwara jenayah

Written By canang on Jumaat, 16 Ogos 2013 | 8/16/2013 03:00:00 PTG


Pemuda Umno lapor polis isu 'sandiwara jenayah'

Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis ke atas pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen atas kenyataan MP tersebut yang mendakwa kejadian pembunuhan dengan senjata api dan jenayah merupakan sebahagian dari sandirawa BN.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata satu laporan polis dibuat di Melaka hari ini bagi menggesa agar siasatan dijalankan ke atas kenyataan Chong, yang disiarkan akhbar Borneo Post hari ini.

"Tohmahan serta tuduhan itu jelas merupakan satu bentuk hasutan yang serius, keterlaluan dan bertujuan mempengaruhi rakyat bagi membenci BN selaku kerajaan yang dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu.

"Kenyataan Chong sebagai pemimpin kanan DAP yang juga merupakan MP Bandar Kuching itu jelas menampakkan tahap pemikirannya yang cetek dan keanak-anakan bagi memperjuangkan politik kebencian yang diamalkan pembangkang terutama DAP selama ini," kata Khairy.

Laporan Borneo Post Online hari ini menyebut kenyataan kontroversi Chong itu dibuat dalam satu sidang media pada hari Isnin lalu. 
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger