Home » » Umno guna kes bunuh-tembak untuk kembalikan Ordinan Darurat

Umno guna kes bunuh-tembak untuk kembalikan Ordinan Darurat

Written By canang on Rabu, 7 Ogos 2013 | 8/07/2013 04:00:00 PTG


Umno guna kes bunuh-tembak untuk kembalikan Ordinan Darurat

SHAH ALAM 6 OGOS: Terdesak untuk mengembalikan Ordinan Darurat (EO) mendorong Umno BN menggunakan muslihat jahat sekalipun rakyat terdedah kepada bahaya, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.
Merujuk lambakan kes bunuh menggunakan senjata api di lokasi awam, beliau menyifatkan tindakan Umno BN yang menangguk di air keruh itu sebagai tidakbertanggungjawab dan berkepentingan politik semata-mata.
“Kita ada isu besar dan serius melibatkan keselamatan dan nyawa rakyat yang merunsingkan, sebaliknya Umno BN mengambil peluang untuk mengembalikan undang-undang penahanan tanpa bicara.
“Umno BN tidak peduli terhadap keselamatan rakyat sehingga sanggup mengambil kesempatan dalam isu ini untuk mengembalikan semula EO supaya dapat digunakan terhadap pembangkang,” katanya.
Kes tembak-bunuh kerap berlaku kebelakangan ini, sama ada melibatkan individu profil tinggi mahupun orang awam hingga menyebabkan segenap lapisan rakyat bimbang akan keselamatan mereka.
Antara kes yang mendapat perhatian ialah cubaan bunuh Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan, diikuti pembunuhan pengasas Arab-Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi 75, pada 29 Julai lalu.
Terbaru, seorang penoreh getah, Amirul Tajo Nasir 40, maut ditembak ditembak di kampung Telosan, Pasir Puteh, Kelantan awal pagi semalam.





Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger